web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Projek Pembangunan Semula Bukan Untuk Syok Sendiri, Perlu Fikir Keselesaan Penghuni

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2023 7:11AM

Majoriti rumah pangsa lima tingkat yang perlu melalui proses pembangunan semula kebanyakannya berada dalam keadaan usang, uzur dan tidak memiliki kemudahan untuk warga emas serta orang kelainan upaya (OKU) - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Enggan membangunkan projek sekadar untuk mengaut kekayaan menjadi antara faktor membuatkan pemaju hartanah terkemuka, Datuk Seri Jeff B K Lee sentiasa berusaha memberikan yang terbaik.

Bagi beliau, tidak ada guna jika sesuatu projek itu dilaksanakan sekadar untuk melepas batok di tangga.

Menurut pengasas dan Pengerusi Eksekutif syarikat hartanah terkenal JL 99 Group itu, sebarang projek yang dihasilkan secara lewa bukan hanya berpotensi membahayakan nyawa pelanggan, bahkan turut membuka ruang untuk dirinya dipalit imej negatif.

“Saya banyak terlibat dengan pelbagai projek yang melibatkan pembangunan semula rumah pangsa, khususnya di sekitar ibu negara.

“Majoriti rumah pangsa yang perlu melalui proses ini kebanyakannya berada dalam keadaan usang, uzur dan tidak memiliki kemudahan untuk warga emas serta orang kelainan upaya (OKU),” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Jeff Lee di 'Forum Pembangunan Semula Kampung Bharu, semalam ketika sesi bertajuk ‘Perkongsian Pengalaman: Amalan Perancangan Terbaik (Best Planning Practise)’
Jeff Lee di 'Forum Pembangunan Semula Kampung Bharu, semalam ketika sesi bertajuk ‘Perkongsian Pengalaman: Amalan Perancangan Terbaik (Best Planning Practise)’

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas insiden dinding tercabut, yang berlaku ke atas sebuah unit rumah di Flat Perumahan Awam Loke Yew beberapa hari lalu.

Memberikan pembangunan semula Razak Mansion sebagai contoh, Jeff berkata, beliau mampu menarik nafas lega apabila perumahan itu yang satu ketika dahulu begitu usang dan terbiar kini sudah berubah wajah.

“Apabila pembangunan semula itu berjaya dilaksanakan, ia bukan hanya memberi kelegaan kepada penghuni, tetapi juga kepada saya selaku pemilik projek, kerana segalanya berjalan mengikut sasaran.

“Selepas sekian lama penghuni di situ tinggal dalam keadaan yang sempit, kotor dan usang, kini mereka tidak lagi perlu melalui keadaan sedemikian,” katanya.

Jelas Jeff, melaksanakan projek pembangunan semula bukan satu tugas ‘syok sendiri’, sebaliknya ia perlu dilaksanakan secara sistematik dan terancang, dengan mengambil kira keperluan serta kehendak penghuni.

“Setiap kali saya melaksanakan projek pembangunan semula, kami akan dekati penduduk bagi mengenal pasti perkara yang harus diberi penambahbaikan.

“Kami akan dapatkan seberapa banyak maklumat, termasuk apakah kehendak mereka dan jenis masalah dihadapi. Proses ini akan memastikan kelancaran projek kerana ia dapat dibina mengikut perincian diperlukan,” ujarnya.

Flat Desa Bakti di Selayang yang akan dibangunkan semula oleh syarikat milik Jeff Lee
Flat Desa Bakti di Selayang yang akan dibangunkan semula oleh syarikat milik Jeff Lee

Mengulangi ketegasan bahawa projek pembangunan tersebut bukan sekadar untuk mengaut untung, ahli perniagaan terkemuka itu menambah, pembangunan semula pada asasnya adalah kerja berunsur amal, kerana ia meliputi kebajikan golongan kurang berkemampuan.

“Kita bukan sekadar membantu mereka memperbaiki rumah, tetapi berusaha meningkatkan kualiti kehidupan setiap penghuni.

“Saya masih ingat sewaktu serahan kunci unit rumah Razak Mansion dilakukan, ada penghuni datang memeluk saya dan menangis kerana terharu. Mereka tidak sangka impian untuk tinggal di rumah yang selesa akhirnya tercapai,” katanya, sebak.

Mengakui berdepan cabaran besar setiap kali menggalas tugas menjalankan projek seumpama itu, Jeff berkata, semua halangan tersebut akan menjadi lebih mudah dengan sokongan dan bantuan kerajaan.

“Contoh bantuan dimaksudkan ialah proses kelulusan yang cepat dan perbincangan secara telus serta terbuka, atau syarat yang tidak begitu ketat.

“Kita mahu penantian yang dilalui penghuni untuk melihat kediaman mereka berwajah baharu itu berbaloi. Daripada sebuah flat yang usang, boleh bertukar menjadi sebuah pangsapuri yang selesa dan indah,” katanya. - Getaran, 23 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Bantuan SARA: Tampung Perbelanjaan Bulanan Penerima, Kurangkan Kesan Inflasi

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Mimpi Jadi Nyata, Hasrat Warga Emas Tunai Umrah Akhirnya Terlaksana

3

Ekonomi 1 tahun yang lalu

99 Legend Pahat Kukuh Nama JL99, Guna Teknologi Canggih Bertaraf Antarabangsa

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Menu Rahmah Jadi Buruan, Bantu Rancakkan Perniagaan Kedai Makan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka