web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Menu Rahmah Jadi Buruan, Bantu Rancakkan Perniagaan Kedai Makan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2023 9:43PM

Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Inisiatif Menu Rahmah yang diperkenalkan oleh kerajaan, menjadi ‘buruan’ terutamanya dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi di sekitar bandar ini selain menjadi pilihan pelanggan golongan berpendapatan rendah (B40). 

Pemilik Ayang Cafe Nor Hazelizan Mamat, 45, berkata keadaan itu membolehkan perniagaan restorannya yang sebelum ini suram selepas pasca COVID-19, kembali rancak sehingga mampu meraih hampir RM1,000 sehari menerusi 10 Menu Rahmah yang ditawarkan.

Gambar oleh Azim Rahman
Gambar oleh Azim Rahman

“Menu Rahmah menjadi pilihan pelanggan memandangkan setiap set iaitu nasi ayam gulai dengan teh o ais, set roti ayang dengan teh o ais dan nasi kerabu bersama teh o ais cuma berharga RM5.

“Pada masa yang sama, saya berharap kerajaan dapat memantau harga barangan basah dan keperluan harian dari semasa ke semasa agar ia tidak membebankan peniaga yang mengambil bahagian menawarkan Menu Rahmah dan peniaga pula mendapat pulangan modal,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Sementara itu Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan Nik Muhammad Luqman Al-Hakim, 23, berkata Menu Rahmah yang ditawarkan oleh peniaga menjadi ‘penyelamat’  bagi golongan pelajar sepertinya.

“Menu berkhasiat merangkumi nasi, ayam atau ikan dan sayur hanya dijual serendah RM5 termasuk minuman sememangnya mampu menjimatkan kos perbelanjaan harian pelajar dan saya berharap agar menu ini diperkenalkan dengan lebih meluas,” katanya.

Gambar hiasan Bernama
Gambar hiasan Bernama

Bagi peniaga ayam, Zarina Abdullah, 50, Menu Rahmah bukan sahaja dapat memberi impak positif kepada pengusaha kedai makan, bahkan ia turut memberi manfaat kepada pembekal barangan mentah.

Menurutnya beliau dapat menjual antara 150 sehingga 200 ekor ayam mentah kategori rahmah yang berharga sekitar RM15 seekor kepada hampir tujuh pengusaha kedai yang menawarkan Menu Rahmah di sekitar Kota Bharu.

“Kebiasaannya pengusaha kedai makan akan menempah sehari sebelum untuk mendapatkan ayam mentah kategori rahmah yang bersaiz lebih kecil berbanding ayam bersaiz biasa yang dijual di pasar,” katanya.

Sementara itu, Pengarah KPDN negeri Azman Ismail berkata sehingga kini terdapat lebih 100 premis makanan di seluruh Kelantan menawarkan Menu Rahmah.

“Daripada jumlah itu, Kota Bharu mempunyai premis terbanyak yang menawarkan menu berkenaan, diikuti Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

KPDN Panggil 10 Syarikat Jelaskan Kenaikan Harga Barang, Perkhidmatan

3

Semasa 3 bulan yang lalu

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Insiden Pokok Tumbang: Gerai Musnah, Peniaga Rugi Teruk

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki