web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Tular Tatu Kalimah Allah Di Badan, Wanita Direman 3 Hari

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2023 8:00PM

Tangkapan ke atas pemilik akaun Facebook @Bunga Matahari itu dilakukan di sebuah lokasi di Gombak, Selangor, semalam. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang wanita berusia 46 tahun kerana disyaki menghina agama Islam selepas menyebarkan gambar tatu kalimah Allah dalam laman Facebook.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, tangkapan ke atas pemilik akaun Facebook @Bunga Matahari itu dilakukan di sebuah lokasi di Gombak, Selangor, semalam.

“Pemilik atau pengendali akaun Facebook '@Bunga Matahari' sebelum ini memuat naik gambar menunjukkan tanda tatu kalimah Allah di badan seorang individu.

“Turut dirampas sebuah telefon bimbit bersama sekeping kad sim,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Noorsiah berkata, reman terhadap suspek dibenarkan selama tiga hari bermula hari ini hingga Jumaat, di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

“Kes terbabit juga disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Sehubungan itu, Noorsiah mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang hantaran atau menularkan perkara yang menyentuh sensitiviti agama, perkauman dan institusi diraja di mana-mana platform media sosial.

“Ini kerana ia boleh membangkitkan perpecahan, keamanan serta menggugat keharmonian kaum.

“Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya. - Getaran, 24 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Polis Siasat Penemuan Mayat Terbakar Berhampiran Stesen KTM Serdang

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Remaja Lelaki 14 Tahun Dilaporkan Hilang Di Muar

4

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Lelaki Ditembak Mati Dipercayai Dalam Perjalanan Lakukan Jenayah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Semasa 1 hari yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang