web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PUI, Kontak Rapat Dan PUS Jangan Hadir Ke PPV - Khairy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2021 4:16PM

Khairy bercakap pada sidang media selepas membuat lawatan mengejut di PPV AstraZeneca, di WTCKL hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bakal penerima vaksin yang berstatus individu dalam siasatan (PUI), kontak rapat pesakit COVID-19 atau individu dalam pengawasan (PUS) tidak dibenarkan hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata setakat ini pihaknya mendapati beberapa individu yang berstatus sedemikian hadir ke PPV, sedangkan mereka sepatutnya berada di rumah.

Menurutnya, pihaknya akan menjadualkan semula vaksinasi bagi mereka yang berstatus sedemikian kerana individu berkenaan berisiko untuk menjangkiti orang lain.

“Kita boleh periksa kita punya status risiko dalam MySejahtera, ia sentiasa dikemas kini.

“Kalau kontak rapat jangan datang (ke PPV),” katanya ketika ditemui dalam tinjauan beliau ke PPV Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bagi vaksin AstraZeneca di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata bagi mereka yang tiada janji temu di MySejahtera juga tidak perlu hadir ke PPV untuk mencuba nasib mendapatkan vaksin kerana ia boleh menimbulkan kesesakan serta menimbulkan kawasan jangkitan COVID-19.

Pada masa sama, Khairy turut menasihatkan mereka yang mempunyai janji temu penerimaan vaksin supaya hadir pada waktu yang ditetapkan atau 15 ke 30 minit awal sahaja bagi mengelakkan kesesakan.

Ditanya mengenai keluhan beberapa pasangan suami isteri yang mempunyai janji temu penerimaan vaksin pada tarikh berlainan, sama ada boleh diselaraskan pada hari yang sama, Khairy berkata semuanya bergantung kepada kapasiti PPV.

Beliau berkata sekiranya petugas di PPV mendapati ramai yang tidak hadir pada hari berkenaan, mereka mungkin akan menyuntik vaksin kepada pasangan yang hadir pada hari itu.

“Atas dasar budi bicara PPV tetapi tolong, itu tidak bermakna anda boleh terus pergi (tanpa temu janji), itu sekiranya anda menemani suami atau isteri bukannya terus serbu PPV,” katanya yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan membuka lagi pendaftaran untuk mendapatkan vaksin AstraZeneca untuk penduduk di Lembah Klang serta beberapa negeri lain dan pengumuman berhubung perkara itu akan dilakukan pada minggu hadapan.

Pada 2 Mei lepas, kerajaan membuka pendaftaran suntikan vaksin AstraZeneca secara sukarela dan terbuka bagi individu yang layak serta berumur 18 tahun dan proses suntikan vaksin itu bermula pada 5 Mei. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

2

Luar Negara 4 bulan yang lalu

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Dari Pasaran Di Seluruh Dunia 

3

Semasa 5 bulan yang lalu

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

4

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia