web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Peruntukan Tinggi Untuk Sabah Dan Sarawak Berdasarkan Keperluan - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 31 May 2023 9:38PM

Anwar Ibrahim berkata beliau dikritik pembangkang kerana memberi peruntukan yang lebih kepada Sabah dan Sarawak berbanding negeri lain di Semenanjung namun menegaskan beliau berbuat demikian atas dasar mahu berlaku adil kepada semua negeri - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Peruntukan tinggi kepada Sabah dan Sarawak terutama yang membabitkan belanjawan tahunan negara adalah berdasarkan keperluan kedua-dua negeri, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata beliau dikritik pembangkang kerana memberi peruntukan yang lebih kepada Sabah dan Sarawak berbanding negeri lain di Semenanjung namun menegaskan beliau berbuat demikian atas dasar mahu berlaku adil kepada semua negeri.

"Keadilan ertinya meletakkan sesuatu di tempatnya, bukan semestinya keadilan itu beri sama rata, bukan beri peruntukan RM1 bilion untuk Sabah kemudian beri RM1 bilion untuk negeri lain, kita beri berdasarkan apa yang diperlukan oleh negeri itu.

"Seperti isu bekalan air jadi masalah besar di Sabah, begitu juga jalan tetapi negeri lain lebih baik, jadi kita bantu belanja lebih di Sabah itu kerana keperluan," katanya pada Majlis Temu Anwar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Yusof Apdal, Pengerusi Lembaga Pengarah UMS Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr Kasim Mansor.

Ketika membentangkan Belanjawan 2023 pada Februari lepas, Anwar mengumumkan Sabah bakal menerima peruntukan RM6.5 bilion manakala Sarawak mendapat RM5.6 bilion.

Perdana Menteri berkata pada tahun ini, beliau membuat satu keputusan yang amat drastik iaitu mahu kemiskinan tegar di seluruh negara dinoktahkan, justeru Sabah memerlukan peruntukan tertinggi.

"Jadi, ada keperluan memberikan peruntukan yang tinggi bagi hapuskan kemiskinan tegar di Sabah, ini bukan kerana saya ini pro-Sabah tetapi ini kerana keperluan kita.

"Kita mahu pastikan keadilan untuk setiap rakyat tidak kira sama ada di Kedah, Perlis dan Sabah, itu pendirian saya," katanya.

Beliau berkata dengan tatakelola yang baik, terutama melibatkan soal kewangan, ketirisan, pembaziran dan pengurusan negeri secara amnya mampu memajukan Sabah serta negeri lain di Malaysia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 5 hari yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

4

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi