web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Ada Kumpulan Cuba Salah Guna Gambar Saya Lawat Gereja Di Kajang – PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2023 9:12AM

Anwar Ibrahim berkata, semua perkara boleh dibahaskan oleh mana-mana pihak asalkan berlandaskan fakta, dan inilah sebabnya golongan muda mesti mempunyai semangat mencari ilmu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada kumpulan di negara ini yang secara aktif berusaha menggugat keharmonian agama dan kaum demi mengejar penguasaan politik mereka.

Tanpa menamakan kumpulan tertentu, beliau berkongsi cerita membabitkan kunjungannya ke sebuah gereja di Kajang, Selangor baru-baru ini.

Katanya, beliau telah memerhati kesan negatif kumpulan itu, yang mencetuskan kebencian dengan menyebarkan kepalsuan.

“Saya dijemput ke sebuah gereja di Kajang, dan terdapat lambang salib. Jadi, mereka (ahli kumpulan) menggunakan gambar saya dengan salib di belakang saya, dan mereka berkata 'ini adalah lelaki yang akan menghancurkan Islam di negara ini',” katanya semasa Sesi Bertemu Anwar di Universiti Malaysia Sabah, di sini, petang semalam.

Anwar berkata, beliau sedar sepenuhnya apa yang harus dilakukan oleh seorang individu beragama Islam ketika mengunjungi rumah ibadat lain.

Menurutnya, pemikiran sempit mengenai perkara seperti itu boleh diselesaikan melalui pemupukan pemikiran kritis dalam kalangan rakyat.

“Kita berdepan dengan kumpulan yang terdesak dan akan menggunakan isu perkauman untuk melemahkan kaum lain untuk menguasai sesuatu kaum, begitu juga agama untuk penguasaan satu agama,” katanya.

Beliau berkata, semua perkara boleh dibahaskan oleh mana-mana pihak asalkan berlandaskan fakta, dan inilah sebabnya golongan muda mesti mempunyai semangat mencari ilmu.

Katanya, media juga mesti diberi kebebasan, manakala pelajar diberi ruang untuk mengkritik, berkongsi pandangan, dan menegur kerajaan sebagai sebahagian daripada usaha menggalakkan pemikiran kritis.

Bagaimanapun, beliau berkata, ini tidak sepatutnya melibatkan serangan yang berunsur menghina, memfitnah dan tidak berasas.

“Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan agama. Kepelbagaian adalah kekuatan, tetapi bagi kita, perbezaan menyebabkan kekeliruan dan mewujudkan musuh,” katanya. - The Vibes, 1 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki