web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


20 Pelajar Sekolah Keracunan Metanol, Minum Air Berkarbonat Bercampur Spirit

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2023 10:31AM

Seramai 20 pelajar sebuah sekolah menengah berasrama di Pitas, Sabah mengalami keracunan metanol, dipercayai akibat meminum campuran air berkarbonat dan ‘spirit’ - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seramai 20 pelajar sebuah sekolah menengah berasrama di Pitas, Sabah mengalami keracunan metanol, dipercayai akibat meminum campuran air berkarbonat dan ‘spirit’ pada 6 Jun lalu. 

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah (Kesihatan Awam), Dr Asits Sanna berkata, lapan daripadanya mengalami gejala seperti lemah badan, sakit perut, muntah, kabur penglihatan serta pening kepala, manakala 12 lagi tidak bergejala. 

Menurut beliau, daripada jumlah itu, kesihatan dua pelajar semakin merosot dan masing-masing telah dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan ICU Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE 2) untuk rawatan lanjut, semalam.

"Daripada kes bergejala membabitkan pelajar berusia antara 13 hingga 17 tahun itu, sebanyak lima kes lagi telah dihantar ke HQE untuk rawatan lanjut dan satu kes masih dirawat di Hospital Pitas. 

"Siasatan awal mendapati mangsa telah mengambil minuman berkenaan pada jan 2.30 petang, Selasa lalu dan ketika ini telah mendapat rawatan di Hospital Pitas," katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Dr Asits memaklumkan, 12 pelajar yang tidak bergejala pula telah dimasukkan ke wad di Hospital Pitas untuk pemantauan dan rawatan lanjut.

Jelasnya, sampel berkaitan telah diambil untuk pengesahan kehadiran metanol termasuk darah, urin, serta sampel ‘spirit’, dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

“Jabatan Kesihatan Negeri Sabah sentiasa memantau keadaan mangsa dan bekerjasama dengan sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah serta Pejabat Pendidikan Daerah Pitas bagi menjalankan siasatan lanjut, selain mengambil langkah untuk mengelakkan kejadian ini daripada berulang. 

"Seseorang yang keracunan metanol mungkin tidak menunjukkan apa-apa gejala untuk tempoh satu hingga 72 jam selepas pengambilan," katanya.

Mengulas lanjut, Dr Asits memaklumkan, gejala akan wujud dengan lebih cepat jika metanol diminum dalam kuantiti banyak.

"Mengambil minuman beralkohol tidak sah dan tercemar adalah berbahaya.

“Orang ramai dinasihatkan agar mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala keracunan metanol. 

"Gejala yang akan timbul seperti sakit perut, muntah, sakit kepala atau kabur penglihatan," katanya. - Getaran, 10 Jun 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang