web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bantu Peniaga Nasi Lemak, Dr Muhamad Akmal Buat Netizen Terharu

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2023 11:25AM

Dr Muhamad Akmal Saleh - Gambar tangkap layar Instagram @akmalsaleh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perilaku terpuji Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh membantu seorang peniaga nasi lemak pagi tadi meraih perhatian netizen di Instagram.

Menyifatkan beliau sebagai seoang pemimpin yang memahami denyut nadi dan kesusahan rakyat, majoriti netizen mengharapkan Ahli Parlimen Merlimau itu kekal merendah diri walaupun berjawatan besar.

Menggunakan akaun @azuanfitri, seorang netizen dipercayai kenalan lama Dr Muhamad Akmal berkata, sikap wakil rakyat muda itu tidak berubah sejak dari alam persekolahan.

“Inilah sikap kau masa sekolah dulu. Kawan-kawan lapar pun kau belanja, bawak sampai ke tua. Semoga Allah balas apa yang kau buat bro. Aminn, Insya Allah,” katanya menerusi ruangan komen.

Dr Muhamad Akmal sebelum itu terlebih dahulu berkongsi kisah beliau terserempak dengan seorang wanita menjual nasi lemak, ketika sedang dalam perjalanan ke pejabat. 

“Hujan lebat pagi ni, dan masa nak pergi ke office, perasan ada akak ni berniaga sambil bawa anak kecil.

“Anak kecil ni diletakkan di dalam kereta dengan bonet yang terbuka.

Sayu sangat hati tengok akak dan anaknya yang gigih mencari rezeki walaupun hujan lebat.

“Jadi kita kongsi rezeki dengan beli semua juadah sarapan supaya akak dan anaknya dapat balik awal dan xperlu duduk dalam hujan. Moga Allah permudahkan urusan kita semua,” katanya menerusi hantaran berkenaan.

Klip video pada hantaran itu turut memaparkan beliau menghulurkan wang tunai RM500 untuk membeli kesemua juadah yang dijual.

“Saya ada RM500 ni, saya nak beli semua (makanan). Tapi saya tak boleh tunggu. Akak balik sedekah kat jiran-jiran,” katanya dalam video itu.

Menerusi video berkenaan juga dapat dilihat bagaimana wanita terbabit menekup muka kerana terharu dengan bantuan dihulurkan.

Sementara itu, seorang lagi netizen yang menggunakan akaun @hydrangea_fav berkata, Dr Muhamad Akmal sebagai seorang doktor perubatan bertauliah sememangnya memiliki IQ yang tinggi.

“Precise, cepat bertindak, penuh empati. Ciri-ciri pemimpin terbaik. Jaga rakyat , jaga keluarga,” katanya.

Pemilik akaun @dilla32 pula berkata, tingkahlaku ditunjukkan Ahli Parlimen berkenaan menggambarkan beliau seorang pemimpin yang baik.

“Bagusnya YB macam ni. Maju Melaka macam zaman kemasyhuran pemerintahan Melaka dahulu kala,” katanya. - Getaran, 12 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

2

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Ugutan Bunuh: Dr Akmal Buat Laporan Polis

4

Politik 6 bulan yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 21 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi