web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sebutan Kes Ahli Perniagaan Didakwa Lakukan Hubungan Seks Guna Objek 17 Julai

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2023 6:17PM

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun dan juga sebat, jika sabit kesalahan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes seorang ahli perniagaan yang didakwa atas pertuduhan melakukan hubungan seks dengan seorang pegawai bank menggunakan objek tanpa kebenarannya di tandas wanita ditetapkan untuk sebutan pada 17 Julai.

Wan Mohammad Ashraf Nasjaruddin, 42, yang juga bekas Pengarah Logistik dan Keselamatan Gerak Gempur Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Shah Alam didakwa melakukan perbuatan itu terhadap seorang wanita berusia 25 tahun di dalam tandas restoran di sebuah hotel di Jalan Bukit Bintang di sini pada 5 pagi, 2 Jan lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun dan juga sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latip memaklumkan Hakim Mahkamah Sesyen Siti Aminah Ghazali bahawa pihaknya telah menyerahkan dokumen berkaitan kes tersebut kepada pihak pembelaan hari ini.

"Pihak pendakwaan memohon satu tarikh sebutan lain ditetapkan untuk menyerahkan baki dokumen tersebut dan dokumen berkenaan akan diserahkan pada sebutan kes akan datang," kata Nidzuwan semasa sebutan kes itu.

Peguam Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria yang mewakili Wan Mohammad  Ashraf mengesahkan pihaknya telah menerima dokumen tersebut. Peguam Datuk Ishak Mohd Yusoff turut mewakili tertuduh. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

2

Semasa 4 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 5 hari yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka