web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Pekerja Bangladesh Maut Kilang Percetakan Terbakar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2023 9:19AM

Kebakaran membabitkan kertas kitar semula yang terdapat di dalam bangunan. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua pekerja warga Bangladesh maut dalam kebakaran di sebuah kilang percetakan di Bangi, Selangor awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.14 pagi.

Menurut beliau, Pusat Gerakan Operasi JBPM Selangor menugaskan 23 anggota dan 13 pegawai ke lokasi kejadian untuk kerja pemadaman api dan menyelamatkan mangsa terlibat.

“Kesemua mereka bersama tujuh jentera datang dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Bangi, BBP Kajang, BBP Semenyih dan BBP Serdang.

“Bomba menggunakan teknik offensive fire fighting iaitu pemadaman secara terus ke dalam bangunan,” katanya hari ini.

Wan Md Razali memberitahu, kebakaran tersebut membabitkan kertas kitar semula yang terdapat di dalam bangunan.

“Api berjaya dikawal pada jam 4.48 pagi dan padam sepenuhnya sekitar dua minit kemudian.

“Kami berjaya menyelamatkan enam mangsa yang terperangkap, tetapi dua daripada mereka disahkan meninggal dunia, dipercayai akibat terhidu asap tebal,” katanya.

Difahamkan, kesemua pekerja adalah warga Bangladesh dan kilang itu juga tidak memiliki ruang pengudaraan. - Getaran, 15 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kanak-kanak Maut Dilanggar Bapa Secara Tak Sengaja

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Polis Antara 4 Lelaki Didakwa Rompak 2 Warga Bangladesh

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Anak Perempuan KPD Lahad Datu Ditemui Maut, Berlumuran Darah Dalam Bilik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka