web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Nama Ebit Liew Panas Lagi, Wanita Dibantu Bukan Gelandangan?

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2023 11:11AM

Ebit Liew - Gambar tangkap layar Twitter

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bagaikan tidak serik dengan kontroversi yang melanda, pendakwah dan aktivis Ustaz Ebit Liew sekali lagi menjadi bualan hangat netizen.

Pernah dilabel sebagai ‘penunggang agama’, Ebit menerima kecaman ramai apabila didakwa cuba memperdaya orang ramai dengan ‘menyelamatkan’ seorang gelandangan di Indonesia.

Dalam satu rakaman video dipercayai dibuat di Jakarta, Indonesia baru-baru ini, beliau dilihat menghampiri seorang wanita muda yang sedang tidur beralaskan kotak di tepi jalan.

Menerusi video itu, Ebit seolah-olah dilihat memujuk wanita terbabit dan menghulurkan sejumlah wang, sebelum dia dilihat mengalirkan air mata dan bersetuju mengikut pendakwah berkenaan ke sebuah lokasi lain yang tidak diketahui.

Wanita itu kemudiannya diberikan hadiah berupa sepersalinan pakaian yang menutup aurat, dan dia terus menukar baju dipakai.

Video berdurasi lebih seminit yang tidak mengandungi sebarang dialog kerana menggunakan latar belakang sebuah lagu itu berakhir dengan kedua-dua saling berdoa.

Dimuat naik seorang pengguna twitter yang menggunakan akaun @ZacZakirin13 atau Zac, video terbabit setakat jam 9 pagi ini sudah menerima 6.6 juta tontonan dan 4,781 perkongsian.

Ia dimuatnaik pada jam 6.13 petang, dua hari lalu.

Zac menerusi ciapan berkenaan turut mempersoalkan niat sebenar Ebit, yang disifatkan masih tidak serik walaupun sedang berdepan 11 pertuduhan di mahkamah.

“Ebit Liew ni sejak kena charged 11 pertuduhan berkaitan dengan masalah peribadi, masih tak serik ya?

“Dulu berlakon dekat Malaysia, lepas tu dekat Palestine, sekarang dekat Indonesia pula? Tak rasa bersalah ke guna agama utk content?

p/s: Plot Twist dkt dlm Thread ni,” ciapnya.

Lebih memeranjatkan, wanita dipaparkan dalam video tersebut ialah seorang pempengaruh TikTok di Indonesia, dengan hampir sejuta pengikut.

Dia juga didakwa sebagai bukan seorang gelandangan, berdasarkan fizikal dan pakaiannya yang bersih ketika ditemui, tidak seperti gelandangan lain. 

Jelas Zac, wanita itu yang dikenali sebagai Mondy juga pernah bergiat sebagai seorang model.

“Gelandangan jadi Model? 

“Dulu orang taksub dekat Ebit Liew. Angkat dia macam maksum sangat. Apa kau ingat Ebit ke yg kena scam dgn perempuan ni?

“Big NO.

“Minta maaflah, aku bukan benci Ebit Liew, aku benci org tunggang agama ni utk meraih populariti,” tegasnya.

Dakwaan Zac itu turut disokong seorang netizen lain, @WahyuYordan atau Wahyu Ilahi.

Katanya, Mondy mula viral di Indonesia selepas majlis perkahwinannya diadakan.

“Dia ni mula mula viral masa hari dia kahwin haritu tak silap. Entah macam mana EBL (Ebit Liew) ni boleh tunggang dia ni pulak,” katanya.

Norazila Huda yang menggunakan akaun @NorazilaHuda pula berkata, dia tidak faham mengapa orang ramai masih taksub dengan Ebit, walaupun sudah jelas beliau tidak boleh dipercayai.

“Aku x paham la apesal org backup lgi Si Ebit, sudah terang lagi bersuluh pon x paham2, penunggang tahu penunggang..menipu orang..sebab apa? Nak popular la..senang dapat duit..senang hidup..adoi..” ciapnya.

Seorang lagi netizen yang menggunakan akaun @fthh pula menyifatkan wanita ditemui Ebit itu sebagai terlalu ‘bersih’ untuk menepati ciri-ciri seorang gelandangan.

“Badan gigi muka rambut bersih, takkan la gelandangan,” katanya.

Sementara itu, ciapan Zac turut menerima kecaman segelintir netizen yang menyelarnya kerana menyebarkan ‘keburukan’.

Mereka berpendapat, beliau tidak seharusnya membuat dakwaan seumpama itu jika tidak pasti dengan kedudukan sebenar. 

Dikenali sebagai Shaery, dia yang menggunakan akaun @shaerycutiepie berkata, ada manusia yang ditakdirkan mengalami kejatuhan mendadak dalam hidup.

“Kekadang manusia naik dalam jangka masa yang panjang dan jatuh secara tetiba. Kun fayakun. Kalau bang x (tak) tahu citer (cerita) lebih mendalam dan sekadar selidik dari segi luaran, jangan disebarkan begini. Tak baik sebarkan keburukan. Allah yang lebih layak menghakimi segala perbuatan kita,” katanya.

Pendapat senada diluahkan hamZ yang menggunakan akaun @aloong65.

Katanya, Zac wajar berdiam diri jika tidak mampu melakukan kebaikan seperti dibuat Ebit selama ini.

“Dah la sebar kebencian. Kalau hang (awak) dapat buat baik kat urg (orang) mcm (macam) Ebit hang g (pergi) buat. Mcm hang tak dpt (dapat) tu g duduk diam kat korner (corner). Ini nak cakap byk (banyak). Iklas (ikhlas) ke tak Allah yg (yang) nilai n (dan) kasi (beri) markah buat hang,” katanya.

Semakan terkini Getaran mendapati, Mondy dipercayai sudah berada di Malaysia, malah turut membantu Ebit mempromosikan jualan sambal di akaun TikTok milik pendakwah berkenaan. - Getaran, 16 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Saksi Nafi Taruh Hati Pada Ebit Lew 

2

Politik 6 bulan yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Ebit Liew Kirim Gambar Alat Sulit Lelaki Pada 14 Mac 2021 - Pengadu

4

Sukan 8 bulan yang lalu

Tewas 0 - 4, Malaysia Jadi 'Mangsa' Netizen India

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 21 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 19 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'