web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Penunggang Lawan Arus Masih Diburu, CCTV Dihantar Ke Forensik

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2023 6:00PM

Polis telah menghantar rakaman CCTV yang diperoleh di lokasi kemalangan di Lebuhraya Sungai Besi-Hulu Klang (SUKE) ke makmal forensik untuk analisa. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AMPANG JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang giat memburu penunggang motosikal yang melawan arus sehingga mengakibatkan kematian seorang lelaki di Lebuhraya Sungai Besi-Hulu Klang (SUKE), kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya telah menghantar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh di lokasi nahas kepada makmal forensik untuk kajian dan analisa lanjut.

“Setakat ini kami masih meneruskan siasatan kes dan tiada sebarang tangkapan dibuat. 

“Polis masih giat memburu penunggang motosikal lawan arus itu manakala rakaman CCTV kejadian di Lebuhraya SUKE telah diteliti dan dihantar ke Makmal Forensik PDRM untuk kajian lanjut,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, proses bedah siasat telah selesai dijalankan ke atas mayat mangsa di Hospital Ampang, semalam.

“Hasil bedah siasat mendedahkan bahawa sebab kematian mangsa adalah pelbagai kecederaan akibat nahas jalan raya.

“Jenazah telah diserahkan kepada waris mangsa pada hari sama, sejurus proses bedah siasat selesai dilakukan,” katanya.

Mohd Azam berkata, polis pada masa sama meminta kerjasama orang ramai dan saksi kejadian untuk tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian jam 1.05 tengah hari kelmarin itu, mangsa yang berusia 60 tahun dan menunggang motosikal berkuasa tinggi terhumban dari jejambat setinggi 30 meter.

Dia dipercayai hilang kawalan dan merempuh penghadang jalan, selepas cuba mengelak sebuah motosikal yang ditunggang secara melawan arus di SUKE.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kaki disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Getaran, 16 Jun 2023.

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

Semasa 22 jam yang lalu

Lelaki ‘Kantoi’ Curang Mengaku Tak Bersalah Belasah Isteri

Sukan 14 jam yang lalu

Selangor FC Didenda RM100,000, Potong 3 Mata Kerana 'Tarik Diri' Perlawanan Sumbangsih

Semasa 1 hari yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

oleh Wartawan Getaran