web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia Miliki Masa Terhad Untuk Selesaikan Segala Masalah Ekonomi - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2023 7:18AM

Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan bersama barisan pakar ekonomi serta Johari Ghani dan Khairy Jamaluddin - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Negara memiliki masa yang terhad untuk menyelesaikan segala masalah atau tantangan ekonomi yang melanda.

Mengakui perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, senario tersebut disahkan oleh barisan pakar ekonomi negara yang sepakat berkata, Malaysia perlu kembali ke landasan yang betul.

Menurut beliau, perbincangan bersama kumpulan berkenaan petang semalam di Putrajaya telah memperincikan hala tuju ekonomi negara dan turut dihadiri Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Ghani serta mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

“Perbincangan turut menyentuh bidang pertumbuhan baharu dan kaedah untuk memperkukuh ekosistem pelaburan. 

“Segala pandangan dikongsikan pastinya akan digunakan untuk membentuk Naratif Ekonomi Madani yang sedang dirangka bagi mencorak hala tuju ekonomi negara dalam tempoh jangka masa sederhana dan panjang,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Perdana Menteri yang turut menggalas portfolio Menteri Kewangan berkata, perbincangan berkenaan adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk mendapatkan buah fikiran pihak berkaitan.

“Ia juga untuk mendapatkan pandangan mengenai ekonomi negara daripada segenap lapisan masyarakat,” katanya.

Tegas Anwar, Kerajaan Perpaduan memasang tekad dan berazam akan bekerja keras untuk memacu pertumbuhan yang inklusif dan mampan. 

“Saya faham sebarang reformasi atau pembaharuan memerlukan disiplin dan kesabaran. 

“Ia juga memerlukan keyakinan serta keberanian untuk melakukan perkara baharu dan membuat keputusan yang berat untuk kepentingan rakyat dan negara,” katanya.

Beliau menarik perhatian, pertumbuhan ekonomi tidak berkisar tentang angka semata-mata, seperti difikirkan segelintir pihak.

“Pertumbuhan ekonomi perlu dan mesti menggarap keperluan serta kehendak rakyat,” jelasnya.

Perbincangan diadakan di ibu pejabat Kementerian Kewangan itu antara lain turut dihadiri Pengerusi dan barisan Ahli Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr Nungsari Ahmad Radhi; serta Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM), Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali.

Selain itu, ia turut disertai Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican dan Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron. - Getaran, 17 Jun 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah