web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KPN Sahkan Terima Maklumat Judi Online Babit Politik, Kerjasama Dengan SPRM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2023 9:27AM

Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan telah menerima maklumat mengenai penglibatan pihak politik dalam aktiviti judi online - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  —  Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan telah menerima maklumat mengenai penglibatan pihak politik dalam aktiviti judi online.

Menurut beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang berkongsi maklumat bagi mengesahkan dan menyiasat secara terperinci perkara tersebut.

“PDRM mengulangi komitmen tidak akan membiarkan kegiatan yang menimbulkan kemudaratan kepada masyarakat dan negara.

“Kami akan memastikan segala langkah yang diambil adalah berteraskan kepada undang-undang,” katanya menerusi kenyataan, lewat malam tadi.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas pendedahan dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Dewan Rakyat, kelmarin.

Saifuddin ketika menjawab menjawab soalan Datuk Ramanan Ramakrishnan (PH - Sg Buloh) mengenai langkah membendung perjudian dalam talian berkata, naungan politik yang melindungi kegiatan tersebut menjadi kekangan terbesar dihadapi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis dalam menangani isu itu.

Jelasnya, beliau juga hairan bagaimana ahli politik boleh menyokong kegiatan haram yang merugikan masyarakat.

Isu tersebut katanya, memerlukan pendekatan di seluruh negara.

Saifuddin dipetik sebagai berkata, KDN berdepan dengan undang-undang lapuk yang menghalang dalang perjudian dalam talian dikenakan hukuman lebih berat.

Katanya, kedua-dua Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Akta Pertaruhan 1953 tidak dipinda selama 70 tahun dan perjudian dalam talian juga tidak disebut sebagai platform, sekali gus menyukarkan anggota penguatkuasa untuk mengambil tindakan terhadap penjenayah.

Beliau memberitahu, sindiket perjudian dalam talian yang menyasarkan rakyat Malaysia adalah rangkaian jenayah berskala besar, tersusun rapi dan canggih, dengan sumber kewangan besar serta keupayaan teknologi tinggi yang disokong oleh rangkaian antarabangsa. - Getaran, 17 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Perangi JOL, Polis Johor Potong Elektrik, Batalkan Lesen Premis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka