web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wanita Hamil Ditahan Bantu Siasatan Isu Kenyataan Berbaur Penghinaan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2023 11:16AM

Berdasarkan siasatan awal, selain penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, wanita itu juga dipercayai turut mengaitkan Lim Kit Siang sebagai pencetus rusuhan 13 Mei 1969 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Seorang wanita yang sedang hamil enam bulan ditahan bagi membantu siasatan memuat naik kandungan di media sosial berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung penganugerahan pingat kepada Tan Sri Lim Kit Siang.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata wanita berusia 32 tahun itu ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, dekat sini 13 Jun lepas.

"Pada 7 Jun 2023, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima laporan daripada orang awam mengenai beberapa kandungan di media sosial yang berupaya menjejaskan ketenteraman awam.

"Susulan itu, pada 13 Jun 2023 pihak Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman telah menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung memuat naik kandungan di media sosial berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, selain penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, wanita itu juga dipercayai turut mengaitkan Lim sebagai pencetus rusuhan 13 Mei 1969.

Khaw berkata susulan penahanan wanita itu, polis merampas beberapa bahan bukti antaranya komputer riba, telefon bimbit dan kad sim milik wanita itu untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata wanita berkenaan kemudian dibebaskan dengan jamin polis pada hari sama kerana mendakwa sedang mengandung enam bulan.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 oleh USJT Bukit Aman. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 Imbau Nostalgia Peribadi Sultan Ibrahim

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Agong Zahir Kata-Kata Semangat Untuk Kontinjen Olimpik, Paralimpik Negara 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan