web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19: 17 Masjid, Surau Di Perak Ditutup - JAIPK

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2021 7:55AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Sejumlah 17 masjid dan surau di Perak ditutup sementara berikutan penularan kes COVID-19 di dalam komuniti, menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin.

Beliau berkata penutupan sementara itu dibuat bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan dan proses sanitasi kawasan masjid serta pejabat yang terlibat.

“Sehingga hari ini, sebanyak 17 masjid dan surau termasuk 12 daripadanya di Ipoh telah diarahkan tutup sementara waktu. Selain itu, Pejabat Bahagian Halal JAIPk di Jalan Labrooy, Ipoh juga ditutup sementara waktu.

“Pembukaan semula semua masjid, surau dan pejabat yang terlibat akan dimaklumkan kemudian selepas selesai kerja-kerja pembersihan dan proses sanitasi,” katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas  mengenai mesej aplikasi WhatsApp berkaitan penutupan beberapa masjid dan pejabat agensi agama yang tular semalam.

Dalam pada itu, Facebook Jabatan Mufti Negeri Perak pada Isnin pula memaklumkan penutupan pejabat institusi itu bermula hari ini hingga 20 Mei dan sepanjang tempoh itu sebarang urusan akan dilaksanakan secara dalam talian.

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dalam satu kenyataan di Facebook juga mengumumkan penutupan sementara operasi semua kaunter MAIPk bermula semalam hingga 21 Mei di Kompleks Islam Darul Ridzuan, kaunter di Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pejabat Pentadbiran MAIPk Daerah di seluruh Perak untuk tujuan sanitasi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

2

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Maut, Lori Langgar Belakang Treler 

3

Semasa 3 minggu yang lalu

JAIS Tubuh Pasukan Khas, Siasat Ajaran Sesat Di Selangor

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia