web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Salah Guna Foto Menteri, KKM Bakal Ambil Tindakan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2023 11:44AM

Dr Zaliha Mustafa - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan undang-undang bakal diambil ke atas pihak yang telah menyalahgunakan foto Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa untuk memperdaya orang ramai.

Jurucakap Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, ia melibatkan peruntukan di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurut beliau, pihak terbabit telah mengedarkan maklumat palsu yang mengandungi salah faham serta kandungan yang tidak benar dengan tujuan tertentu demi keuntungan. 

“KKM memandang serius penyebaran maklumat palsu yang tular di media sosial baru-baru ini menerusi pautan https://www.kolostrumfaligold.com/meomeo,'' katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut KKM, foto Dr Zaliha telah disalah guna untuk mempromosi sebuah produk dikenali sebagai ‘Faligold’.
Menurut KKM, foto Dr Zaliha telah disalah guna untuk mempromosi sebuah produk dikenali sebagai ‘Faligold’.

Jelas jurucakap itu, foto Dr Zaliha telah disalah guna untuk mempromosi sebuah produk dikenali sebagai ‘Faligold’.

“Iklan berkenaan memaparkan seolah-olah Dr Zaliha mengakui keberkesanan produk terbabit sebagai mekanisme penyembuhan berkaitan pakreas dan risiko komplikasi diabetes. 

“Ini boleh mengundang kepada kekeliruan dalam kalangan masyarakat, memandangkan fakta yang disiarkan adalah tidak tepat  dan mengandungi 'product over claim' oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Tegas jurucakap itu, orang ramai adalah dinasihatkan agar menghentikan sebarang perkongsian maklumat tersebut.

“Sila berhati- hati dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran produk yang boleh menarik minat serta emosi dengan menyemak fakta dan maklumat di platform dipercayai,” katanya.

Selain Dr Zaliha, beberapa produk sebelum ini pernah dilihat menggunakan foto pakar dan pengamal perubatan yang terkenal di media sosial untuk mengiklankan produk masing-masing.

Antara yang dikesan menjadi ‘mangsa’ ialah pakar buah pinggang, Dr Rafidah Abdullah dan Dr Malar Santhi Santherasegapan. - Getaran, 23 Jun 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang