web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Faktor Wang Pemangkin Tuntutan ‘Waris’ Sulu, Timbang Tara Stampa Suatu Penipuan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2023 9:30AM

Azalina Othman Said - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Faktor wang diyakini memainkan peranan sebagai pemangkin dalam tuntutan dibuat lapan individu, yang mendakwa diri mereka sebagai waris Kesultanan Sulu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, keyakinan itu mendorong beliau mencabar kumpulan berkenaan untuk membawa tuntutan mereka ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Menurut beliau, tindakan dibuatnya adalah wajar jika kumpulan terbabit benar-benar menganggap isu tersebut sebagai satu pertikaian wilayah.

“Ia pasti berkaitan wang. Penduduk di negeri Sabah (sendiri) di utara Borneo, (iaitu) wilayah yang dipertikaikan, telah memutuskan melalui referendum untuk menjadi sebahagian daripada negara Malaysia yang baharu.

“Peguam Gonzalo Stampa telah mengambil kira hampir keseluruhan saiz Malaysia dalam mengira pampasan bernilai AS$15 bilion. Ia tidak masuk akal,” katanya dalam wawancara bersama agensi berita Sepanyol, El Pais, semalam.

Azalina menyatakan demikian sebagai menjawab soalan El Pais, berhubung faktor lain di sebalik tuntutan dikemukakan lapan individu berkenaan.

Kumpulan terbabit sebelum ini memfailkan tindakan undang-undang di Mahkamah Sepanyol untuk mendapatkan pampasan ke atas tanah di Sabah, yang didakwa dipajak nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.

Perkara itu kemudiannya dibawa kepada kepada timbang tara Sepanyol pada 2019, dengan Stampa yang dilantik kumpulan tersebut membuat keputusan memihak kepada mereka.

Final award dikeluarkan Stampa digunakan kumpulan itu untuk merampas aset PETRONAS di Luxembourg.

Menghuraikan lebih lanjut, Azalina berkata, peraturan pertama dalam timbang tara mewajibkan bahawa jumlah ganti rugi haruslah wajar.

“Sebelum perkara ini diselesaikan di Madrid, Stampa terlebih dahulu pergi ke negara lain iaitu Perancis.

“Anda boleh buat kesimpulan bahawa ini adalah soal wang. Mereka telah cuba memaksa negara saya untuk menghentikan perjanjian dan membayar, tanpa menjangkakan bahawa kami akan melawan balik,” katanya.

Menjawab soalan El Pais berhubung tindakan Stampa yang meninggalkan Madrid atas dakwaan enggan mengelakkan campur tangan, beliau menegaskan, timbang tara yang mahu dilakukan harus mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.

“Saya telah menjadi peguam berdaftar sejak 1990 dan saya memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Penyelesaian Pertikaian Alternatif dari London School of Economics. 

“Saya memahami bahawa peraturan asas dalam timbang tara adalah, kedua-dua forum (bidangkuasa) dan timbang tara harus dipersetujui oleh kedua-dua pihak,” katanya.

Tegasnya lagi, proses terbabit tidak boleh dilaksanakan hanya bersandarkan kepada permintaan sebelah pihak.

“Anda tidak boleh melaksanakannya atas permintaan satu pihak, walau apa pun alasannya dan kemudian memutuskan sendiri jumlah bayaran. 

“Peraturan pertama dalam timbang tara adalah semua pihak perlu bersetuju dengan prosedur. Ini jelas adalah satu proses penipuan,” katanya. 

Azalina kini berada di Madrid, Sepanyol bersama-sama wakil Pejabat Peguam Negara (AGC), Peguam  Cara Negara II Datuk Almalena Sharmila dan Duta Besar Malaysia ke Sepanyol, Datuk Akmal Che Mustafa bagi kes berkenaan, sementara menanti keputusan Mahkamah Hague pada 27 Jun nanti. - Getaran, 24 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

2

Semasa 4 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 5 hari yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi