web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


ATM Bina Field ICU Hibrid Pertama

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2021 3:11PM

Anggota ATM sedang membuat persiapan untuk membina Unit Rawatan Rapi Lapangan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KEPALA BATAS - Buat julung kalinya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membina Unit Rawatan Rapi Lapangan (Field ICU) berkonsepkan hibrid di Hospital Kepala Batas di sini, yang menggunakan empat kontena sebagai kemudahan utama.

Komander Hospital Medan, Leftenan Kolonel Dr Mohd Zamri Derahman berkata, konsep julung kali itu diperkenalkan bagi membantu menguruskan pesakit COVID-19 yang memerlukan rawatan rapi, selepas semua wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pulau Pinang mencapai tahap kapasiti maksimum.“Sebelum ini kita pernah membuka hospital medan di dewan atau balai raya di beberapa negeri lain. 

“Tetapi ini pertama kali dalam sejarah ATM menggunakan konsep hibrid iaitu menggunakan kontena sebagai bilik rawatan,” katanya kepada media ketika ditemui di Hospital Kepala Batas, hari ini.

Difahamkan, empat kontena milik ATM dari Keluang, Johor dan Kuala Lumpur itu tiba di perkarangan Hospital Kepala Batas kira-kira jam 9 malam tadi.

Tugas pemasangan Field ICU itu bermula kira-kira jam 8 pagi tadi membabitkan 40 anggota ATM dari Keluang, Johor dan Sungai Petani, Kedah.
Tugas pemasangan Field ICU itu bermula kira-kira jam 8 pagi tadi membabitkan 40 anggota ATM dari Keluang, Johor dan Sungai Petani, Kedah.

Tugas pemasangan Field ICU itu bermula kira-kira jam 8 pagi tadi membabitkan 40 anggota ATM dari Keluang, Johor dan Sungai Petani, Kedah.

Dr Mohd Zamri berkata, tiga kontena berkenaan akan menempatkan 12 katil, manakala 15 katil lagi ditempatkan di tiga khemah khas yang akan dibina berdekatan.

Beliau berkata, ATM juga akan menempatkan lima pegawai perubatan termasuk dua pakar bius dari Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, dan 30 anggota perubatan ATM.

“Kita jangka Field ICU ini akan beroperasi pada Sabtu ini, bergantung kepada persiapan kemudahan bekalan air, elektrik dan sebagainya.

“Tetapi, apa pun, kita akan cuba usahakannya secepat mungkin,” katanya.

Ahad lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, terdapat keperluan mendesak untuk mewujudkan Field ICU di Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang untuk merawat pesakit kritikal.

Menurutnya, proses pembinaan Field ICU tersebut adalah sebagai persediaan bagi menampung kemasukan pesakit ke ICU di Pulau Pinang yang telah meningkat lebih 45 peratus untuk tempoh dua minggu kebelakangan ini. - Getaran, 19 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki