web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Program Rakan Muda Beri Ruang Persiapkan Generasi Punyai Nilai Baik - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2023 6:01PM

Anwar Ibrahim, yang membahasakan dirinya sebagai ‘Pakcik Anwar’ pada majlis hari ini, turut menggesa agar tiada pemikiran lapuk dan jumud dalam kalangan belia serta tiada unsur yang boleh memecah-belahkan perpaduan negara - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGI - Program Rakan Muda yang diberi nafas baharu merupakan persiapan bagi melahirkan generasi dengan cita-cita murni dan nilai kemanusiaan tinggi bagi menjadikan Malaysia sebuah negara hebat di rantau ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap pada majlis pelancaran Rakan Muda di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini, beliau berkata program itu juga dapat mempersiap generasi dengan nilai-nilai persaudaraan yang menolak elemen rasuah dan hipokrasi.

“Ia persiapan satu generasi punyai nilai insan yang hormat satu sama lain, senang dengan kebaikan, persaudaraan, teknologi baharu, benci dengan rasuah dan hipokrasi serta benci dengan orang menghina kaum lain,” katanya disambut sorakan dan tepukan gemuruh lebih 1,000 belia yang hadir. 

Perdana Menteri, yang membahasakan dirinya sebagai ‘Pakcik Anwar’ pada majlis itu, turut menggesa agar tiada pemikiran lapuk dan jumud dalam kalangan belia serta tiada unsur yang boleh memecah-belahkan perpaduan negara.

Anwar Ibrahim turut memberi jaminan bahawa Kerajaan MADANI pimpinan beliau akan memberi apa sahaja sokongan yang diperlukan dalam pembangunan anak muda di negara ini - Gambar oleh Azim Rahman
Anwar Ibrahim turut memberi jaminan bahawa Kerajaan MADANI pimpinan beliau akan memberi apa sahaja sokongan yang diperlukan dalam pembangunan anak muda di negara ini - Gambar oleh Azim Rahman

“ ...yang akan tentukan (masa depan negara) bukan orang-orang tua lapuk pemikiran yang nak pecah belahkan rakyat, yang akan tentukan masa depan untuk menyelamatkan bangsa dan negara ialah anak muda sendiri,” katanya.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Timbalannya Adam Adli Abd Halim.

Anwar turut memberi jaminan bahawa Kerajaan MADANI pimpinan beliau akan memberi apa sahaja sokongan yang diperlukan dalam pembangunan anak muda di negara ini.

“Kita ada pasukan di kementerian yang saya percaya boleh menjadi jurubicara anak-anak muda, program mereka, keprihatinan mereka termasuk penjawat awam, menjurus ke arah itu (menyokong pembangunan belia), kerajaan dengan falsafah MADANI ini akan bantu apa juga.

“ ...yang saya minta, saudara peka dalam dunia mencabar ini, dalam dunia media sosial yang menggugat anak-anak dalam membuat pilihan baik kerana satu kesilapan oleh satu generasi akan menghukum negara ke lembah kehinaan,” katanya.

Pendaftaran bagi menyertai Rakan Muda boleh dilakukan dengan menghubungi 03-8871 3724, melalui portal https://www.kbs.gov.my/rakanmuda.html atau e-mel kepada rakanmuda@kbs.gov.my.

Peserta Rakan Muda di bawah gaya hidup Rakan Prihatin, P. Sathiyakumari, 32, berkata beliau menyertai program tersebut pada 2012 ketika belajar di Universiti Sains Malaysia dan sejak itu, terlibat dengan pelbagai bantuan kemasyarakatan di dalam dan luar negara.

“Saya terlibat dengan bantuan mangsa banjir dan misi kemanusiaan di Sri Lanka. Harapan saya untuk golongan muda di luar sana, jangan lupa sertai Rakan Muda sebab kita akan dapat pelbagai manfaat dan akan wujud sifat ihsan sesama manusia.

“Dengan penglibatan seseorang dalam Rakan Muda, saya percaya kita dapat meningkatkan jati diri dan lebih yakin terhadap diri sendiri,” katanya yang kini berkhidmat sebagai juruhebah di Radio MINNALfm. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 11 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini