web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perlu Bertaubat Jika Doakan Kematian Orang Lain - Khairuddin

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2023 12:00PM

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Individu yang terbabit mendoakan kematian seseorang hanya kerana berbeza aliran politik perlu bertaubat dan memohon ampun kepada Allah SWT.

Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pelaku juga perlu meminta maaf kepada empunya diri dan ahli keluarga atas doa tersebut.

Menurut beliau, politik kepartian tidak mewajarkan terputusnya persaudaraan Islam yang diwajibkan oleh Allah SWT untuk dipelihara.

“Bertaubatlah. Jangan mendoakan kematian seseorang yang sedang sakit kerana perbezaan politik kepartian.

“Jangan mendoakan keburukan dan kematian seseorang. Sekiranya kita berbeza pendirian politik kepartian sekalipun, doakan hidayah dan kebaikan untuk dirinya dunia dan akhirat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Khairuddin menyatakan demikian sebagai mengulas ciapan biadab dimuat naik seorang individu dikenali sebagai Zaki Yamani di Twitter semalam.

Ciapan yang mendoakan kematian Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu dimuat naik, sejurus selepas keadaan kesihatan Ahli Parlimen Marang tersebut dilaporkan media.

“Doa: Ya Allah! Ambil lah nyawa Abdul Hadi Awang. Hentikan kerosakan yang dilakukan nya di muka bumi. Hentikan fitnah yang dibawanya terhadap agama-Mu.

P/S: Ambil sekali Mahathir,” katanya menerusi ciapan itu.

Ciapan terbabit turut mengundang kemarahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengarahkan lelaki berkenaan memohon maaf pada kadar segera.

“Saya membantah dan kesal dengan ciapan biadab Zaki Yamani dan mengarahkan beliau untuk memohon maaf dengan kadar segera,” katanya.

Menghuraikan keadaan itu, Mohd Khairuddin berkata, Islam hanya membenarkan doa seumpama itu dibuat dalam satu keadaan, iaitu apabila pendoa dizalimi dan dia mendoakan keburukan terhadap pelaku kezaliman.

“Ia pernah berlaku kepada dua sahabat Rasulullah (SAW) iaitu Sa'ad bin Abi Waqqas dan Sa'id bin Zayd yang difitnah. Kedua-dua mereka adalah daripada kalangan 10 sahabat yang dijanjikan syurga oleh Allah SWT, katanya.

Menjelaskan lebih lanjut beliau memberitahu, Sa'ad bin Abi Waqqas difitnah tidak berlaku adil sebagai gabenor Kufah manakala Sa'id bin Zayd pula dituduh dan difitnah oleh seorang perempuan, kononnya Sa'd mengambil dan merampas tanah miliknya.

“Itupun Sa'ad berdoa secara berlapik dengan perkataan "sekiranya". Beliau berdoa terhadap lelaki tua yang memfitnah dirinya: "sekiranya hamba Mu itu berbohong tentang diriku, mereka-reka kepalsuan dan kerana riak menunjuk-nunjuk dan sum'ah mencari kemasyhuran, maka butakanlah matanya, panjangkanlah umurnya (ke tahap nyanyuk), panjangkanlah kefakirannya dan ujilah dia dengan fitnah.

“Sa'id bin Zayd (r.a) juga berlapik dengan perkataan "sekiranya". Beliau berdoa "Ya Allah sekiranya perempuan itu berbohong dan menzalimi diriku maka butakanlah matanya dan bunuhlah dia di tanahnya sendiri,” katanya.

Tegas Khairuddin, doa yang buruk tidak boleh dipohon ke atas seseorang hanya kerana berbeza pendirian politik, ternasuk mendoakan kematian individu yang sedang sakit.

“Islam agama yang indah dan rendang dengan akhlak. Doakan kebaikan diri dan hidayah untuk rakan, hatta musuh sekalipun. 

“Apabila Rasulullah SAW dan para sahabat berhadapan dengan kegetiran kekalahan perang Uhud hatta Nabi (SAW) sendiri cedera dan luka, para sahabat lalu meminta Nabi (SAW) mendoakan kehancuran musuh di kalangan kafir musyrik. Tapi sebaliknya Nabi (SAW) berdoa. "Ya Allah berilah hidayah kepada kaum Daus dan kaum Thaqif...Ya Allah berilah hidayah petunjuk kepada kaumku kerana mereka tidak mengetahui". (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmizi),” katanya. - Getaran, 2 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 6 bulan yang lalu

Isu Pencen: Ucapan Abdul Hadi Tidak Tepat, Mengelirukan Orang Ramai - Nik Nazmi

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Sultan Selangor Zahir Rasa Dukacita, Kenyataan  Abdul Hadi Dianggap Hina Raja-Raja Melayu

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Keadaan Abdul Hadi Stabil, Akan Keluar IJN Dalam Masa Terdekat - Anak

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Calon BN, Hadi Awang Kekal Ahli Parlimen Marang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 5 minit yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang