web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Calon BN, Hadi Awang Kekal Ahli Parlimen Marang

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2023 8:20PM

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang kekal sebagai Ahli Parlimen Marang selepas Mahkamah Persekutuan hari ini, menolak rayuan calon Barisan Nasional (BN), Jasmira Othman untuk membatalkan kemenangan Abdul Hadi di kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) 

Panel tiga hakim terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim serta Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Rhodzariah Bujang sebulat suara memutuskan Jasmira gagal membuktikan petisyennya melampaui keraguan munasabah.

Abang Iskandar berkata, mahkamah telah menimbangkan isu ejen yang dibangkitkan dalam rayuan dan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini dalam kes Wan Sagar Wan Embong lawan Harun Taib bahawa pelantikan ejen mesti dibuktikan oleh pempetisyen.

“Mahkamah juga tidak bersetuju dengan perayu (Jasmira) dalam isu-isu lain yang dibangkitkan," katanya semasa menolak rayuan itu tanpa kos. 

Jasmira merayu terhadap keputusan  Mahkamah Pilihan Raya di Terengganu pada 27 Jun lalu, yang menolak petisyen pilihan raya yang difailkan oleh calon BN itu untuk mencabar kemenangan Abdul Hadi.

Petisyen pilihan raya itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada  3 Januari lalu, antara lain atas dakwaan PAS menyogok pengundi dengan mengagihkan wang bantuan yang diberikan kerajaan negeri pada 15 hingga 17 November 2022, beberapa hari sebelum PRU15 melalui program i-pencen, i-Belia dan i-Siswa.

Pada PRU15 lalu, Abdul Hadi memenangi kerusi Parlimen Marang dengan majoriti 41,729 undi menewaskan Jasmira; calon Pakatan Harapan (PH), Azhar Ab Shukur dan calon Parti Pejuang Tanah Air, Dr Zarawi Sulong.

Dalam prosiding hari ini, peguam Jasmira, Datuk Mohd Hafarizam Harun berhujah bahawa Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Hassan Abdul Ghani terkilaf dari segi undang-undang apabila memutuskan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu bukan ejen Abdul Hadi dan penerima bantuan kewangan itu perlu memberikan keterangan bahawa dia dipujuk untuk mengundi.

Beliau juga mempersoalkan waktu pengagihan bantuan kewangan menerusi i-Belia dan i-Siswa yang menurutnya diberikan beberapa hari sebelum hari mengundi. 

Mohd Hafarizam berkata, anak guamnya tidak mempertikaikan bahawa bantuan kewangan itu diluluskan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu tetapi waktu bantuan kewangan berkenaan disampaikan.

Peguam Abdul Hadi, Yusfarizal Yusoff berhujah bahawa program itu dirancang lebih awal dan diumumkan sebelum Parlimen dibubarkan.

Beliau juga berkata, ia bukan satu perancangan untuk merasuah, malah Jasmira gagal membuktikan Abdul Hadi telah melantik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebagai ejen untuk menyogok pengundi. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 6 bulan yang lalu

Isu Pencen: Ucapan Abdul Hadi Tidak Tepat, Mengelirukan Orang Ramai - Nik Nazmi

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Sultan Selangor Zahir Rasa Dukacita, Kenyataan  Abdul Hadi Dianggap Hina Raja-Raja Melayu

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Keadaan Abdul Hadi Stabil, Akan Keluar IJN Dalam Masa Terdekat - Anak

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes 3R: Kertas Siasatan Presiden PAS Diserah Kepada Pejabat Peguam Negara

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

Semasa 1 hari yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

Semasa 1 hari yang lalu

GISBH Didakwa Ceroboh Padang Awam, Pihak Berkuasa Diminta Siasat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam