web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Kes 3R: Kertas Siasatan Presiden PAS Diserah Kepada Pejabat Peguam Negara

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2023 5:07PM

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menyerahkan kertas siasatan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang kepada Pejabat Peguam Negara berhubung kenyataannya yang didakwa mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan dalam ceramahnya di markas parti itu di Muar, Johor baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata PDRM sudah melengkapkan siasatan kes berkenaan semalam dan menyerahkan kertas siasatan itu pagi tadi.

“Kami menunggu tindakan selanjutnya daripada pihak Pejabat Peguam Negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan 4th National Forensic Science Symposium for Law Enforcement 2023 di Maktab PDRM di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata siasatan sudah dibuka terhadap Abdul Hadi di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Ia berhubung kenyataan Abdul Hadi yang didakwa mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan dalam ceramahnya di markas parti itu di Bakri, Muar pada bulan lepas.

Sementara itu, berhubung siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan kenyataannya yang dikatakan menghina institusi diraja, Razarudin berkata kertas siasatan itu sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada Selasa lalu.

Pada Jun lepas, Dr Mahathir dikatakan membuat kenyataan berkecenderungan menghasut bagi mendatangkan penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap institusi diraja yang disiarkan MGNews pada 6 Jun lalu.

Mengulas mengenai perkembangan siasatan terhadap bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Jasmine Loo Ai Swan, beliau berkata siasatan masih diteruskan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.

Selain itu, Razarudin berkata kertas siasatan terhadap Loo yang disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah sudah serahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada Ogos lalu.

Pada Isnin lalu, PDRM berjaya mendapatkan semula sejumlah RM93.2 juta aset merangkumi hartanah dan akaun bank milik Loo yang dikaitkan dengan penyelewengan dana 1MDB.

Bercakap pada sidang media itu juga ketika diminta mengulas mengenai usaha menjejaki ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, Razarudin berkata PDRM sama sekali tidak pernah berhenti daripada menjejaki ahli perniagaan itu.

“Seperti saya beritahu sebelum ini, jerat tidak pernah lupakan pelanduk ia sama juga seperti Jasmine Loo, orang tidak bertanya mengenai keberadaannya sebelum ini tetapi polis berjaya membawa balik beliau,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Razarudin mengesahkan PDRM akan mengambil keterangan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa depan berhubung isu ‘fatwa’ politik yang dikeluarkannya.

Muhyiddin sewaktu berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Johor, baru-baru ini didakwa mengeluarkan kenyataan yang menyifatkan tindakan mengundi bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Suhaizan Kaiat sebagai haram. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Balai Polis Beroperasi Seperti Biasa Walau Pintu Pagar Tutup - KPN

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Mahkamah Tolak Saman Indira Gandhi Terhadap KPN, Kerajaan

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Kertas Siasatan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan Dirujuk Ke AGC

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kes Faisal Halim: Polis Siasat Kaitan 3 Lagi Serangan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

Semasa 22 jam yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen