web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19: Sultan Ibrahim Titah Ahli Parlimen, ADUN Johor Adakan Mesyuarat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2021 3:47PM

Sultan Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan supaya semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Johor mengadakan satu perbincangan khas berhubung COVID-19, yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad.

Baginda bertitah melalui perbincangan itu semua Ahli Parlimen dan ADUN boleh memberikan ‘buah fikiran’ dan pandangan masing-masing dalam membendung penularan wabak COVID-19 dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat Johor.

“Pihak pentadbiran kerajaan, semua Ahli Parlimen dan ADUN di Johor perlu memainkan peranan dalam memastikan penularan wabak COVID-19 segera dibendung dan pada masa sama, mereka yang terkesan hendaklah dibantu.

“Saya sedar akan Ordinan Darurat yang sedang berkuat kuasa menghalang persidangan Parlimen dan DUN untuk dijalankan ketika ini, namun, saya rasa khidmat Ahli Parlimen dan ADUN di Johor perlu digembleng untuk terus membantu rakyat yang terkesan akibat penularan wabak ini,” titah Sultan Ibrahim dalam kenyataan menerusi Facebook rasminya hari ini.

Johor merekodkan 699 kes baharu semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negeri itu sebanyak 51,916 kes dengan 178 kematian.

Sehingga 18 Mei, Johor mencatatkan 72 kluster aktif COVID-19 melibatkan 28 kluster komuniti, 22 kluster industri, 16 kluster institusi, empat kluster tahanan dan dua kluster pasar raya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

2

Politik 5 bulan yang lalu

Kerajaan Tidak Akan Berkompromi Dengan Tindakan Melampau, Jejas Kestabilan Negara

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Mesyuarat Dwirangkaian 5G Dijangka Diadakan Minggu Depan

4

Politik 7 bulan yang lalu

Selat Klang Isytihar Sokong MB, Ada Rakan Lain Bakal Ikut Jejak?

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia