web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


4 Daripada 5 Remaja Di Malaysia Tidak Aktif Secara Fizikal - Dr Zaliha

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2023 1:14PM

Dr Zaliha - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Empat daripada lima remaja di negara ini adalah tidak aktif secara fizikal, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Selain itu, dua daripada tiga remaja mengamalkan aktiviti kecergasan pada tahap sedentari, katanya dalam slot Suara Menteri yang disiarkan sempena Pogram Himpunan Virtual, Program Promosi Sihat di Institusi Kesihatan (Hepili) 2023 hari ini.

“Makin ramai pula anak-anak remaja kita tidak aktif. Jadi, apa lagi? jom kita mulakan sekarang!. Aktif setiap hari. Hanya 30 minit sahaja, lima kali seminggu. Mudahkan?,” katanya.

Dr Zaliha dalam perhimpuan maya yang bertemakan ‘Kami Nak Hidup Sihat’ itu turut berkongsi pengalaman bahawa dalam kesibukan beliau dengan tugasan harian, ia tidak menghalangnya mengaktifkan diri setiap hari untuk memastikan kesihatan terjaga.

Turut menyampaikan ucapan ialah Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Sementara itu, Fahmi dalam ucapannya menggalakkan orang ramai melakukan regangan ringkas yang dikenali X-break iaitu aktiviti fizikal yang dilakukan selama tiga hingga lima minit setelah duduk yang lama iaitu melebihi dua jam.

Sementara itu, Yeoh berkata pada usia belia, seseorang individu perlu aktif untuk membina ketahanan dan jati diri, manakala Fadhlina berkata cuaca panas bukan alasan untuk tidak melakukan senaman kerana ia boleh dilakukan di dalam rumah dan kawasan tertutup.

Perhimpunan secara secara maya tersebut disertai kira-kira 548,000 peserta dari seluruh negara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 8 bulan yang lalu

Demi Palestin, Ratusan Ribu Penuhi Jalan Raya Di London 

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Cadangan Pilihan Raya PBT Akan Dibincang Bersama KPKT - Dr Zaliha

3

Luar Negara 10 bulan yang lalu

Ribuan Berkumpul Di Luar Parlimen UK, Desak Gencatan Senjata Di Gaza

4

Semasa 11 bulan yang lalu

PM Ajak Rakyat Sertai Perhimpunan Bersama Palestin Malam Esok

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah