web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bekalan Barangan Cukup Sepanjang PKPD, PKP - KPDNHEP  Perak 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2021 2:01PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak memberi jaminan bekalan barangan asas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini mencukupi.

Pengarah KPDNHEP Perak, Saifullizan Kamarul Zaman berkata, kesemua barangan keperluan asas juga akan mudah diperoleh di setiap kawasan di negeri ini.

Katanya, ini kerana bekalan barangan di peringkat pemborong, pengilang dan peruncit adalah mencukupi, stabil dan berupaya menampung permintaan semasa.

“Berhubung situasi pembelian panik yang mula berlaku sejak malam tadi di premis peruncitan, adalah dimaklumkan bahawa semua pasar awam, pasaraya dan premis peruncitan masih dibuka dan beroperasi mengikut waktu yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

“Justeru, pengguna dinasihatkan supaya tidak membuat pembelian panik sebaliknya merancang pembelian barangan keperluan berdasarkan kepada keperluan sebenar,” katanya hari ini.

Saifullizan berkata, KPDNHEP turut menggalakkan pihak peniaga, pasar raya serta peruncit supaya melakukan kawalan kendiri dengan menentukan had kuantiti dan jualan barangan yang bersesuaian bagi individu atau keluarga.

Katanya, ini adalah bagi memastikan bekalan barangan keperluan asas pengguna sentiasa mencukupi.

Penguatkuasa KPDNHEP jelas beliau lagi, akan menjalankan pemantauan dan pemeriksaan secara harian di setiap premis-premis perniagaan seluruh negeri bagi memastikan bekalan barangan keperluan harian mencukupi serta peniaga mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan.

“Peniaga juga diberi peringatan agar tidak mengambil kesempatan seperti mengaut keuntungan yang tidak munasabah dengan menaikkan harga barangan, mempamerkan harga yang mengelirukan, menyorok barang kawalan serta menipu timbangan semasa PKPD. 

“Tindakan tegas akan diambil di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Pelindungan Pengguna 1999, Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Timbang dan Sukat 1972 dan akta- akta lain yang berkaitan sekiranya peniaga gagal mematuhinya,” katanya.

Semalam, kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPD berkuatkuasa 22 Mei hingga 4 Jun 2021 di empat Mukim di negeri Perak.

Kesemua mukim yang terbabit adalah Mukim Pengkalan Hulu Daerah Hulu Perak, Mukim Taiping Daerah Larut, Matang dan Selama, Mukim Hulu Kinta (meliputi Ipoh, Lahat, Chemor dan Tanjong Rambutan) dan Mukim Hulu Bernam Timur Daerah Muallim. -  Getaran, 21 Mei 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki