web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Majlis Ilmu Madani Beri Pengertian Istimewa, Imbau Hubungan Bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2023 9:00AM

Anwar bersama putera-putera Almarhum Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, (dari kiri) Abdurahman Al-Qaradawi dan Dr Muhammad Al-Qaradawi semasa Siri Syarahan Kehormat MADANI mengenai Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi di Kompleks Seri Perdana malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — Majlis Ilmu Madani yang diadakan di Seri Perdana, Putrajaya malam tadi disifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai amat istimewa.

Berkongsi perasaan itu di Facebook, Perdana Menteri berkata, ia diserikan dengan kehadiran dua tetamu iaitu Dr Muhammad Al-Qaradawi dan Abdurrahman Al-Qaradawi yang merupakan putera kepada Allahyarham Dr Yusuf al-Qaradawi.

Menurut beliau, Dr Muhammad dan Abdurrahman yang mewakili keluarga mereka mengunjungi Malaysia bagi menunaikan amanah dan wasiat Allahyarham Yusuf.

“Mereka berdua diamanahkan untuk menyerahkan koleksi tulisan Allahyarham kepada saya malam ini.

“Hubungan panjang Allahyarham semenjak awal tahun 70an ditandai dengan pesanan kepada saya sewaktu mengemudi Angkatan Belia Islam Negara (ABIM) ketika era kebangkitan Islam dan terkenal dengan semangat anak muda yang membara dan kuat idealismenya,” katanya. 

Jelas Anwar,  Syeikh Yusuf memperingatkan kepentingan bersikap sederhana dan menjadikan dakwah sebagai jalur hikmah yang penuh kebijaksanaan.

“Bagi pihak keluarga saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kedua putera Allahyarham yang sudi melawat kami di Malaysia, dan semoga hubungan persaudaraan ini kekal segar seperti sewaktu mula Allahyarham bapa mereka melembar pintu persahabatan ini,” katanya.

Sementara itu BERNAMA memetik Perdana Menteri sebagai berkata, siri syarahan kehormat madani itu merupakan satu program penting dan pada masa sama amat menyentuh perasaan.

Katanya, beliau dan barisan rakan seperjuangan di ABIM sebenarnya amat dekat dengan Allahyarham yang menjiwai perjuangan membawa mesej Islam.

“Beliau membantu kita dengan keadaan kebangkitan Islam (ketika itu) dan kemaraan anak muda, serta memberi ingatan perlu berhikmah dan kesabaran (berdakwah),” katanya.

Jelas Anwar, Allahyarham pada 2013 menulis surat menyatakan sokongan terhadap perjuangan beliau dan rakan-rakan untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-15) bagi mengambil alih kerajaan Malaysia.

“Tiada apa yang boleh ditukarkan atau membayar sumbangan beliau bukan hanya kepada kita tetapi juga kepada umat manusia. Kami amat mengingati beliau,” katanya. 

Syeikh Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia pada 26 Sept tahun lalu ketika berusia 96 tahun.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham telah menghasilkan lebih 120 buah buku termasuk naskhah perundangan Islam serta menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa.

Beliau juga diiktiraf sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa 2009 oleh kerajaan.

Pada majlis itu, Muhammad menyerahkan Ensiklopedia Himpunan-Himpunan Yang Lengkap Bagi Al-Imam Yusuf Al Qaradawi, yang antaranya menghimpunkan karya-karya Allahyarham dalam bidang akidah, feqah, ilmu agama, fatwa-fatwa, tasawuf, tafsir, hadis, sejarah, pemikiran dan khutbah.

Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. - Getaran, 11 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 2 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini