web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gara-Gara Datuk M, 10 Ahli Perniagaan Rugi Lebih RM10 Juta

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2023 9:27AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Harapkan pegar, pegar makan padi.

Itu senario menimpa sekumpulan ahli perniagaan yang berdepan kerugian lebih RM10 juta apabila menjadi mangsa beberapa skim pelaburan dan koperasi.

Dalam satu pertemuan di ibu negara baru-baru ini, kumpulan terdiri daripada 10 individu itu mendakwa, jumlah sebenar mangsa adalah jauh lebih tinggi, namun sebahagian daripada mereka enggan menonjolkan diri.

Peguam, Dinesh Muthal yang mewakili kumpulan berkenaan berkata,  kesemua anak guamnya telah membuat laporan polis secara berperingkat sejak dua minggu lalu.

Menurut beliau, 20 mangsa mengesahkan sudah membuat laporan polis setakat ini, masing-masing berdepan kerugian antara RM50,000 hingga RM1.5 juta.

“Ada antara mereka jumlah kerugian ditanggung lebih daripada itu, dan kami berharap akan ada tindakan susulan daripada pihak polis,” katanya kepada Getaran.

Jelasnya, laporan susulan akan dibuat termasuk kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

Sementara itu, seorang mangsa, Datuk Selvamani Ramasamy berkata, segalanya bermula pada 2009 apabila beliau mengenali seorang individu yang dikenalinya sebagai Datuk M.

“Saya ialah ejen insurans dan Datuk M adalah pelanggan. Beliau mengajak saya melabur dalam perniagaannya pada 2012. Ketika itu jumlah pelaburan yang diminta hanya RM100,000. Selepas pelaburan pertama berjaya dengan keuntungan sepanjang 20 bulan, beliau ajak untuk melabur kali kedua dalam perlaburan lain.

“Melihat pelaburan pertama berjaya memberi pulangan lumayan, saya bersetuju untuk melabur kali kedua sebanyak RM15,000,” katanya.

Masalah jelas Selvamani, mula timbul apabila keuntungan yang dijanjikan tidak diperolehi, tetapi individu terbabit menggerakkan pula satu skim pelaburan lain.

Seorang lagi mangsa yang enggan dikenali pula memberitahu, dia tidak kerugian RM3.3juta dalam tempoh 24 bulan.

“Saya diperkenalkan kepada Datuk M oleh seorang lagi rakan perniagaan, dan terpengaruh dengan perancangannya yang meyakinkan.

“Buat permulaan, saya melabur RM1.5 juta dan menerima pulangan dividen sebanyak RM300,000,” katanya.

Seronok dengan keuntungan diterima, mangsa membuat keputusan untuk melabur buat kali kedua, melibatkan wang berjumlah RM3.3 juta.

“Selepas itu Datuk M dan syarikat terus gagal dihubungi, dan saya menggunakan khidmat peguam untuk mendapatkan semula wang yang telah dilaburkan,” katanya.

Mangsa turut membuat laporan polis terhadap penipuan pelaburan itu dan kes itu masih dalam siasatan. - Getaran, 12 Julai 2023
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 23 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah