web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hujan Lebat Di Utara India, Wisma Putra Lancar Usaha Kesan 12 Rakyat

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Jul 2023 4:42PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Usaha sedang digerakkan oleh Kementerian Luar bagi mengesan 12 rakyat Malaysia di India yang tidak dapat dihubungi, susulan hujan lebat di wilayah Utara India.

Jurucakap kementerian memberitahu, usaha berkenaan diselaraskan dengan kerjasama Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi.

Menurut beliau, langkah mengesan kesemua 12 rakyat Malaysia itu turut melibatkan pihak berkuasa tempatan India.

“Kumpulan rakyat Malaysia itu gagal dihubungi oleh ahli keluarga masing-masing yang bimbangkan keselamatan mereka.

“Pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi telah dimaklumkan bahawa kumpulan ini sedang menyertai ekspedisi pengembaraan di Hampta Pass, Himachal Pradesh, India,” katanya.

Jurucakap itu memberitahu, Suruhanjaya Tinggi Malaysia akan terus memantau perkembangan di Himachal Pradesh dan menasihatkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular untuk berhubung terus dengan pihak suruhanjaya di New Delhi.

“Pihak suruhanjaya boleh dihubungi di 50-M Satya Marg, Chanakyapuri, New Delhi 110021.

“Mereka juga boleh dihubungi di talian +91 85955 50594 atau emel mwdelhi@kln.gov.my,” katanya.

Beliau turut menasihatkan rakyat untuk lebih berhati-hati dan terus berwaspada, selain sentiasa mengikuti perkembangan cuaca di setiap lokasi dikunjungi.

“Sebarang perkembangan terkini mengenai status rakyat Malaysia yang terkesan dalam kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” latanya. - Getaran, 12 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tanah Jerlus: Operasi SAR Dihentikan, Kini Masuki Fasa 'Search And Recovery'

3

Semasa 1 bulan yang lalu

PM Tingkat Hubungan Dengan India, Raih Komitmen Pelaburan RM4.5 Bilion

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 2 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan