web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


12 Rakyat Malaysia Hilang Di India Disahkan Selamat

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2023 9:09AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  -- Sekumpulan 12 rakyat Malaysia yang terputus hubungan dengan keluarga masing-masing akibat hujan lebat di Wilayah Utara India semalam, disahkan selamat.

Jurucakap Kementerian Luar berkata, dua daripada mereka bagaimanapun sudah dikenal pasti sebagai rakyat asing.

Menurut beliau, dua individu berkenaan masing-masing terdiri daripada rakyat China dan British.

“Kesemua 12 individu tersebut berada dalam keadaan selamat,” katanya, lewat malam tadi.

Jelas jurucakap itu, seorang daripada 10 rakyat Malaysia terlibatt berjaya dihubungi melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi.

“Suruhanjaya Tinggi Malaysia dimaklumkan kesemua mereka berada dalam keadaan selamat di bandar Manali.

“Susulan perkembangan, usaha sedang dibuat untuk membawa keluar kumpulan tersebut ke New Delhi hari ini (Khamis),” katanya.

Beliau memberitahu, mereka akan mengambil penerbangan pulang ke tanah air pada hari yang sama jika rancangan evakuasi berjalan lancar.

“Kementerian ingin mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan bantuan segera yang diberikan oleh pihak berkuasa kerajaan India dalam usaha mengesan kesema rakyat Malaysia tersebut,” katanya.

Hujan monsun menyebabkan banjir dan tanah runtuh berlaku di Utara India - gambar hiasan
Hujan monsun menyebabkan banjir dan tanah runtuh berlaku di Utara India - gambar hiasan

Media semalam melaporkan, usaha mengesan sekumpulan 12 rakyat Malaysia di India sedang giat dilakukan selepas mereka gagal dihubungi keluarga masing-masing.

Turut melibatkan kerjasama Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, kumpulan berkenaan dikatakan sedang mengikuti ekspedisi pengembaraan di Hampta Pass, Himachal Pradesh, India.

Memetik laporan media tempatan, Himachal Pradesh adalah negeri yang paling terjejas di utara India akibat fenomena hujan monsun.

Membawa bersama banjir dan tanah runtuh, turut terkesan dengan bencana itu ialah wilayah lain seperti Uttaeakhand, Punjab dan Haryana.

Setakat ini, bencana terbabit telah meragut sekitar 90 nyawa di Himachal, dan 21 lagi di Punjab serta Haryana.

Kerajaan India petang semalam dipetik sebagai berkata, 12 penduduk maut dalam insiden berkaitan hujan sepanjang tempoh 24 jam lalu di negeri Uttar Pradesh.  — Getaran, 13 Julai 2023


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tanah Jerlus: Operasi SAR Dihentikan, Kini Masuki Fasa 'Search And Recovery'

3

Semasa 1 bulan yang lalu

PM Tingkat Hubungan Dengan India, Raih Komitmen Pelaburan RM4.5 Bilion

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 23 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad