web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Salahuddin Ayub Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Jul 2023 8:04PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pada jam 9.23 malam tadi.

Allahyarham yang berusia 61 tahun meninggalkan seorang isteri dan enam cahaya mata.

Kematian Timbalan Presiden AMANAH itu disahkan oleh anak perempuannya, Fatihah Salahuddin.

“Dukacita dimaklumkan ketua keluarga kami, Salahuddin Ayub telah menghadap Ilahi pada pada 9.23 malam, 23 Julai 2023,” katanya menerusi hantaran ringkas di Facebook.

Salahuddin sejak 24 jam lalu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Beliau dilaporkan berada dalam keadaan stabil tetapi kritikal, dan berada di bawah pemantauan rapi beberapa pakar.

Getaran difahamkan, jenazah Ahli Parlimen Pulai itu akan dibawa pulang ke rumah ibunya di Kampung Serkat (Kopi Tenggek), Tanjung Piai, Johor untuk urusan pengebumian.

Penglibatan Allahyarham dalam dunia politik bermula pada 1999 apabila dipilih mewakili PAS untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1999.

Walaupun tewas, Salahuddin sekali lagi dipilih untuk bertanding bagi merebut kerusi Parlimen Kubang Kerian pada PRU 2004.

Beliau mempertahankan kerusi tersebut sehingga 2008, sebelum kembali bertanding di kampung halamannya di Johor pada PRU 2013.

Allahyarham yang tewas di tangan Datuk Nur Jazlan Mohamed untuk kerusi Parlimen Pulai, turut mengalami kekalahan di kerusi DUN Nusajaya.

Salahuddin bagaimanapun menebus lembali kekalahan itu dengan memenangi kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada PRU-14, kali ini bertanding di bawah tiket AMANAH. 

Pada 3 Disember lalu, Allahyarham dilantik sebagai Menteri KPDN di bawah Kerajaan Perpaduan, menggantikan Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Ini adalah kali kedua Salahuddin dilantik sebagai menteri, selepas kali pertama sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 2018, di bawah kerajaan Pakatan Harapan. - Getaran, 23 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

2

Selebriti 1 bulan yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

3

Semasa 1 bulan yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Siti Zaharah Sulaiman Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang