web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Salahuddin Seolah Tahu Akan ‘Pergi’ — Setiausaha Akhbar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2023 12:00PM

Syakirin berkongsi gambar kenangan bersama Allahyarham ketuanya - gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  — Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub yang menghembuskan nafas terakhir dua hari lalu seolah-olah tahu ajalnya bakal tiba.

Menerusi perkongsian di Instagram, Setiausaha Akhbar Allahyarham, Syakirin Husnal berkata, beliau telah diarahkan Salahuddin untuk mengosongkan tarikh 23 Julai bagi membolehkan menteri terbabit pulang ke Johor.

“Satu hari Cif memberitahu, letak dalam kalendar, 23/7 balik kampung Johor.

“Hanya sedikit yang memahami petunjuk itu. Cif mahu berehat. Cif perlu berehat, dan memang betul, 23 Julai 2023, Cif balik kampung berehat. Hanya kali ini, ia untuk selama-lamanya,” katanya.

Hantaran berkenaan yang cukup menyentuh hati turut menerima ratusan komen, dengan majoriti pengikut meluahkan rasa sedih atas pemergian Allahyarham.

Syakirin menerusi hantaran berkenaan juga memberitahu, Salahuddin ialah seorang pejuang yang tidak pernah mengenal erti lelah atau culas dalam melaksanakan tugas.

“Cif seorang pejuang dan Cif tak pernah berhenti. Tapi saya tahu Cif sangat letih. Saya sentiasa sedar (perkara itu). Jadual kita amat padat. 

“Kadang-kala saya berharap saya boleh membatalkan (semua jadual berkenaan) bagi pihak Cif. Tapi Cif sebagai seorang yang amat rajin, selalu berusaha memenuhi setiap permintaan, setiap jemputan dan setiap lawatan,” katanya.

Lebih daripada itu jelas Syakirin, Allahyarham sentiasa memperuntukkan waktu untuk turun ke lapangan, membuat pemeriksaan mengejut dan bertemu orang ramai bagi memahami setiap permasalahan dilalui.

“Seorang lelaki baik, lelaki yang teramat baik. Terlalu awal dijemput pulang.

“Cif akan sentiasa diingati, saya pasti. Bapa RAHMAH Malaysia,” katanya, mengakhiri coretan pada hantaran itu.

Salahuddin, 61 menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.23 malam, 23 Julai lalu sewaktu sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar.

Berita pemergiannya diumumkan anak perempuan beliau, Siti Fatihah Salahuddin di Facebook.

Beliau sebelum itu menjalani pembedahan selepas disahkan mengalami pendarahan otak.

Jenazahnya dibawa menggunakan penerbangan khas MAS ke rumah ibunya di Kampung Serkat (Kopi Tenggek), Pontian awal pagi semalam dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat sekitar jam 12 tengah hari semalam. - Getaran, 25 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Salahuddin Amat Menjaga Solat, Konsisten Amalkan Sunat Dhuha - Mujahid

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Inisiatif Payung Rahmah Perlu Diteruskan - Ahmad Zahid

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Jenazah Salahuddin Tiba Di Tanjung Piai

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Anwar Berduka Kehilangan Salahuddin, ‘Berehatlah Sahabatku..’

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka