web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Akta Hasutan 1948 Akan Disemak Semula - Azalina

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2023 8:56AM

Azalina Othman Said - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — Akta Hasutan 1948 (Akta 15) akan disemak bagi memastikan ia digunakan hanya untuk melindungi Institusi Raja-Raja daripada sebarang provokasi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, perkara itu telah dipersetujui Jemaah Menteri secara prinsip, semalam.

Menurut beliau, persetujuan berkenaan dicapai selepas pembentangan hasil Dialog Perundangan 3R yang telah diadakan pada 21 Julai kepada Kabinet, di Putrajaya semalam.

“Dialog Perundangan 3R telah diadakan bagi menangani isu provokasi yang melibatkan agama (religion), bangsa (race) dan Institusi Raja-Raja (royalty).

“Ia telah dihadiri wakil Kementerian/Jabatan Persekutuan termasuk Kementerian Perpaduan Negara, Badan-Badan Peguam, Pertubuhan Masyarakat Madani (CSO), Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Ahli-Ahli Akademi,” katanya, semalam.

Semakan semula Akta Hasutan 1948 akan memastikan ia hanya digunakan untuk melindungi Institusi Raja-Raja daripada sebarang provokasi - gambar fail
Semakan semula Akta Hasutan 1948 akan memastikan ia hanya digunakan untuk melindungi Institusi Raja-Raja daripada sebarang provokasi - gambar fail

Jelas Azalina, aspek lain berkenaan provokasi yang melibatkan agama dan bangsa akan diteliti termasuk penggubalan perundangan baharu jika perlu.

“Undang-undang baharu itu jika perlu, mencakupi keharmonian dan perpaduan negara dengan mengambil kira pandangan Institusi Raja-Raja sebagai ketua agama Islam, dan amalan serta prinsip terbaik antarabangsa,” katanya.

Beliau memberitahu, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) akan mengambil langkah yang sewajarnya dalam menyemak secara terperinci Akta 15 itu.

“BHEUU JPM dan memastikan cadangan pindaan yang bakal dicadangkan adalah benar-benar bertujuan untuk melindungi Institusi Raja-Raja secara holistik,” katanya.

Azalina sebelum ini dipetik sebagai berkata, kerajaan berhasrat mengkaji semula undang-undang menangani isu 3R, bagi memastikan ia kekal relevan dengan keperluan semasa.

Katanya, ada antara undang-undang sedia ada telah digubal sejak tujuh dekad lalu, justeru terdapat peruntukan yang perlu dipinda bagi memastikan ia bersesuaian dengan senario terkini. - Getaran, 25 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Malaysia Takkan Layan Tuntutan UTC - Azalina

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Daftar Pemilih Tambahan Januari 2024 Dibuka Untuk Semakan - SPR

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Mahkamah Sepanyol Putuskan Stampa Bersalah Hina Mahkamah, Dihukum Penjara 6 Bulan

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Azalina Gesa Siasatan Segera Pekerja Asing Dijanji Pekerjaan Tidak Wujud

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah