web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lagi Tahanan Meninggal Dunia Dalam Lokap - PDRM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2023 1:30PM

OKT dilihat mengalami sesak nafas dan bersandar di dinding tandas sel - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — Seorang tahanan lokap Balai Polis Setiawangsa di sini dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) ketika mendapatkan rawatan.

Pengarah Jabatan Integritit dan Pematuhan Standard Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Azri Ahmad berkata, tahanan berbangsa India berusia 59 tahun itu pasa awalnya ditangkap pada 6 Julai lalu fdi bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurut beliau, orang kena tahan (OKT) tersebut kemudiannya sekali lagi ditangkap pada 18 Julai atas satu kes lain.

“Dia ditahan di lokap yang sama untuk siasatan dan pada 21 Julai, OKT mengadu tidak sihat, sebelum dibawa ke HKL untuk mendapatkan rawatan.

“OKT diberikan ubat sakit dan dibawa semula ke dalam lokap pada hari yang sama,” katanya hari ini.

Azri berkata, rakan sel OKT kemudian melihat si mati mengalami sesak nafas, dan bersandar di dinding tandas sel berkenaan.

“Pihak hospital segera dihubungi dan OKT dibawa ke hospital menggunakan ambulans untuk menerima rawatan.

“Doktor daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL telah membuat pemeriksaan dan mengesahkan kematian OKT,” katanya.

Beliau memberitahu, bedah siasat akan dijalankan di HKL hari ini untuk mengenal pasti punca kematian.

“Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman akan menjalankan siasatan berkaitan kes,” katanya. - Getaran, 26 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Fitnah MCMC, PDRM: Laporan Polis Dibuat Terhadap Murray Hunter

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Lelaki Disiasat, Muat Naik Hantaran Jelik Berkaitan Tragedi Helikopter TLDM

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Anak Gajah Mati Dilanggar Di JRTB

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang