web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Malaysia, Filipina Setuju Sokong Kepusatan ASEAN, Tangani 5PC Di Myanmar

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2023 8:38PM

Anwar Ibrahim ketika sidang media bersama Ferdinand Marcos Jr - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA  -- Malaysia dan Filipina bersetuju untuk menyokong Kepusatan ASEAN dan terus bekerjasama rapat untuk menangani pelbagai cabaran yang ditimbulkan oleh geopolitik dan sosioekonomi yang sentiasa berubah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata khususnya dalam isu Myanmar, keperluan untuk mengukuhkan Konsensus Lima Perkara (5PC) adalah antara topik perbincangan dengan Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr. pada Rabu.

“Kami menyentuh isu Myanmar untuk mengukuhkan 5PC ASEAN tetapi juga memberi sedikit kelonggaran dan ruang kepada negara jiran untuk melibatkan diri secara tidak formal tanpa mengorbankan isu hak asasi manusia dan layanan terhadap minoriti terutamanya Rohingya dan minoriti lain di Myanmar,” katanya.

Perdana menteri berkata demikian semasa sidang media bersama sempena lawatan negara tiga hari Marcos ke Malaysia.

Sementara itu, Marcos berkata kedua-dua negara mengesahkan semula komitmen untuk menyokong aktiviti dalam konteks ASEAN dan Kawasan Pertumbuhan Asean Timur- Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMB-EAGA) dalam mengiktiraf kepentingan Kepusatan ASEAN.

Kepusatan ASEAN ialah konsep yang membayangkan ASEAN berfungsi sebagai platform serantau yang kuat dalam menangani cabaran dan melibatkan diri dengan kuasa luar.

Marcos berkata Kepusatan ASEAN akan menjadi aspek penting dalam menangani semua isu yang sedang dihadapi oleh rantau ini.

Anwar Ibrahim (duduk tiga, kanan) bergambar bersama Ferdinand R Marcos Jr (duduk tiga, kiri) di pejabatnya di Perdana Putra - gambar BERNAMA
Anwar Ibrahim (duduk tiga, kanan) bergambar bersama Ferdinand R Marcos Jr (duduk tiga, kiri) di pejabatnya di Perdana Putra - gambar BERNAMA

Pada 24 April 2021, pemimpin sembilan negara anggota ASEAN dan ketua junta Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing, bersetuju dengan 5PC: penamatan segera keganasan di negara itu; dialog antara semua pihak; pelantikan utusan khas; bantuan kemanusiaan oleh ASEAN; dan lawatan utusan khas ke Myanmar untuk bertemu dengan semua pihak.

Myanmar telah terjerumus dengan konflik antara pasukan keselamatan dan rakyat yang berlaku sejak Jeneral Kanan Min Aung Hlaing menggulingkan kerajaan awam pada 1 Feb 2021. Pelanggaran hak asasi manusia yang serius turut dilaporkan.

Rejim tentera Myanmar melanjutkan perintah darurat selama enam bulan lagi dan menangguhkan pilihan raya yang dijadual pada Ogos ketika junta memerangi pejuang anti-rampasan kuasa di seluruh negara.

Terdahulu, Marcos diberi sambutan negara di Istana Negara sempena lawatan sulungnya ke Malaysia yang bermula Selasa.

Dalam ucapannya pada Majlis Jamuan Negara yang diadakan bagi meraikan kunjungan Marcos dan isterinya Louise Araneta-Marcos, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah Filipina adalah rakan penting kepada Malaysia, memandangkan kedudukan Filipina berdekatan dan penglibatan aktif dalam ASEAN .

Presiden turut mengadakan mesyuarat dan menghadiri majlis makan malam bersama diaspora Filipina di sini pada Selasa. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Peminat Apple Teruja, Tak Kisah Beratur Panjang Untuk Jadi Pelanggan Pertama

2

Semasa 2 minggu yang lalu

China Sedia Kerjasama Dengan Malaysia, Bina Komuniti China-Malaysia - Li Qiang

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Rombongan Haji Thailand Mahu Belajar Cara Pengurusan Haji Malaysia 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Lebih 22,800 Jemaah Haji Malaysia Sudah Berada Di Makkah, Madinah - Menteri 

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Bom Mortar Dijumpai Dalam Rumah Sewa

Semasa 16 jam yang lalu

Allahyarham Mansor Puteh Pernah Derma Darah 631 Kali

Semasa 18 jam yang lalu

Belia, NGO Perlu Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa - PM

Semasa 18 jam yang lalu

Tragedi Cari Lokan: Kanak-Kanak Maut Terjatuh Tasik