web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Keindahan Alam Tak Dapat Diganti Jika Musnah - Tunku Azizah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2023 8:03AM

Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melawat “Pahang in Nature” anjuran Muzium Pahang di Muzium Seni Kontemporari (MOCA - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menegaskan bahawa keindahan alam semula jadi tidak akan dapat diganti setelah ia musnah, tidak kira berapa banyak wang yang perlu dibelanjakan untuk memulihkannya.

Baginda bertitah amalan memelihara alam semula jadi adalah antara nilai yang diajar kepada Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, ketika usia muda, dan beliau berbangga dengan sikap tegas anakanda baginda dalam isu berkaitan alam sekitar.

"Beta sering mengingatkan (Tengku) Hassanal bahawa baginda tidak boleh menggantikan alam sekitar, tidak kira berapa juta (wang) yang dimiliki. Dari kecil, Tengku Hassanal terpaksa mendengar ‘pok pek pok pek’ (leteran) bondanya mengenai alam sekitar. Keindahan alam semula jadi tidak boleh diganti apabila ia musnah, anda tidak boleh memulihkan apa yang ada pada alam semula jadi.

"Beta gembira dan sangat bangga dengan anakanda kerana baginda telah menunjukkan kepada beta bahawa baginda telah menyedarkan rakyat bahawa alam semula jadi di Pahang perlu dikekalkan. Anakanda (Hassanal) mungkin telah menyinggung perasaan orang dan membuatkan mereka marah hari ini, tetapi suatu hari nanti mereka akan faham dan ini akan menjadi legasi baginda," titah Tunku Azizah.

Tunku Azizah bertitah demikian dalam ucapannya pada perasmian galeri 'Pahang In Nature' di Muzium Seni Kontemporari di sini, malam tadi.

Tunku Azizah turut menzahirkan hasrat untuk menubuhkan sebuah muzium khas bagi mempamerkan semua hadiah yang diterima oleh suaminya, Al-Sultan Abdullah semasa memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Al-Sultan Abdullah mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan 2019 dan tempoh perkhidmatannya akan berakhir dalam 180 hari lagi.

 Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melawat “Pahang in Nature” anjuran Muzium Pahang yang dirasmikan baginda di Muzium Seni Kontemporari (MOCA) - gambar BERNAMA
Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melawat “Pahang in Nature” anjuran Muzium Pahang yang dirasmikan baginda di Muzium Seni Kontemporari (MOCA) - gambar BERNAMA

"Kita boleh namakan ia sebagai Muzium Agong. Semua yang kita kumpul dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini akan disimpan dalam muzium ini supaya orang ramai dapat melihat dan mengetahui apa yang kita (sebagai Agong dan Raja Permaisuri Agong bagi Malaysia) telah lakukan," titah Seri Paduka.

Tunku Azizah bertitah, baginda juga ingin menambah koleksi hadiah yang diterima oleh Almarhum Paduka Ayahanda mentuanya Almarhum Sultan Ahmad Shah yang merupakan Yang di-Pertuan Agong dari 1979 hingga 1984.

Bagi Tunku Azizah, muzium adalah tempat yang disukai kerana ayahanda sering membawa baginda melawat ke muzium ketika zaman muda.

"Beta dapat melakukan perkara yang sama dengan Hassanal. Beta tidak fikir anakanda beta yang lain suka (melawat ke muzium), tidak seperti Hassanal... kerana baginda sering bertanyakan soalan kepada beta ketika kami berada di dalam muzium," titah baginda.

'Pahang In Nature' mempamerkan 33 buah lukisan yang dihasilkan oleh artis anak jati Pahang Tengku Datuk Marina Tengku Ibrahim yang memaparkan keunikan alam semula jadi Pahang, yang diinspirasikan daripada Surah al-Rahman yang berulang kali mengingatkan nikmat Allah S.W.T termasuk penciptaan alam. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

4

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Luang Masa Lawat Pameran Era Pasca Normal Madani

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini