web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pusat Agro Sains Durian Relau Perlu DItubuhkan - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2023 8:09AM

Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Farmstay Relau - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANDAR BAHARU - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan agar Pusat Agro Sains Durian Relau ditubuhkan, berikutan durian di kawasan Relau merupakan antara durian terbaik di negara ini, dan mempunyai potensi untuk menembusi pasaran antarabangsa.

“Kita hendak promosikan Relau ini ke peringkat Malaysia. Insya-Allah kalau durian ini terbaik, tidak mustahil, beberapa perjanjian kita buat dengan negara China, satu hari nanti durian Relau juga akan dieksport ke China,” katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Farmstay Relau di sini, semalam.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berjanji kementerian itu dan agensi di bawahnya iaitu Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), akan melakukan sesuatu untuk membangunkan mukim Relau.

Beliau turut membidas kerajaan negeri Kedah sekarang ini, kerana tidak memberikan perhatian khusus kepada durian Relau, walaupun ia berpotensi besar untuk membantu merancakkan ekonomi setempat.

Menyentuh mengenai masalah poskod Relau yang berada antara sempadan Kedah dan Pulau Pinang, Ahmad Zahid memberi jaminan akan mengarahkan Pos Malaysia untuk mengubah poskod dengan serta-merta, supaya masyarakat setempat tidak mempunyai masalah surat-menyurat.

“Poskod Relau ini Kedah pun nak, Pulau Pinang pun nak. Semua surat dan bungkusan pergi Pulau Pinang dahulu baru sampai Relau (di bahagian Kedah). Surat tawaran universiti pun pergi Pulau Pinang dahulu, baru sampai Relau. Ini janji TPM, kita tukar poskod itu. Kita tidak mahu (surat) pergi Pejabat Pos Besar di Georgetown, baru masuk Relau,” katanya.

Selain itu, beliau juga menjelaskan permintaan penduduk Relau untuk mewujudkan jalan bagi menghubungkan Relau ke Junjong juga telah dirancang dan akan dilaksanakan tahun ini.

Ahmad Zahid Hamidi hadir pada program pemimpin bersama rakyat di Farmstay, Relau - gambar BERNAMA
Ahmad Zahid Hamidi hadir pada program pemimpin bersama rakyat di Farmstay, Relau - gambar BERNAMA

Sementara itu, Ahmad Zahid yang merupakan  Pengerusi Barisan Nasional (BN) mencabar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, untuk menafikan bahawa BN dan UMNO membantunya menjadi Menteri Besar Kedah pada 2020.

Ahmad Zahid berkata beliau antara orang yang bersetuju Muhammad Sanusi untuk menjawat jawatan Menteri Besar Kedah, apabila menghadap Sultan Kedah bersama Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika itu.

“Kami (BN) ada tiga kerusi, PAS ada 15, Bersatu ada tiga, jadi cukup 21 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri. Sebenarnya BN dan UMNO bantu Sanusi jadi Menteri Besar. Sanusi, sila nafikan, sila saman saya, sila buat laporan polis, sila bawa ke mahkamah. Saya cabar kalau (Sanusi) nafikan (perkara ini),” katanya.

Ahmad Zahid berkata keputusan itu, dibuat atas semangat Perpaduan Ummah selain BN menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perikatan Nasional (PN), ketika itu.

Beliau berkata rakyat Kedah perlu memberi sokongan kepada gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah, supaya negeri itu boleh dibina semula dengan pembangunan, selari dengan hasrat Kerajaan Pusat yang kini turut diwakili BN dan Pakatan Harapan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian PRN di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan, diadakan serentak pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

2

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

4

Semasa 1 bulan yang lalu

TPM Ziarah Jenazah Rozaid Abdul Rahman

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi