web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Pengkid’, Teman Wanita Didakwa Dera Anak 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2023 2:08PM

Tertuduh pertama (dua, kanan) dan rakannya (tiga, kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Sungai Petani - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI – Seorang ‘pengkid’ antara dua wanita yang dihadapkan ke mahkamah sesyen berbeza di sini hari ini, atas tuduhan mendera kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun.

Perbuatan tersebut dipercayai dilakukan pada Julai dan awal bulan ini. 

Tertuduh berdepan satu pertuduhan dan didakwa di Mahkamah Sesyen 1 manakala ‘teman wanitanya’ yang juga ibu kandung mangsa dikenakan dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen 2. 

Kedua-dua mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik semua pertuduhan selesai dibacakan dalam bahasa Tamil.  

Mengikut pertuduhan pertama, ibu mangsa didakwa menganiayai kanak-kanak tersebut dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan di muka, dahi, kepala, tangan dan siku kiri.  

Bagi pertuduhan kedua, dia yang hadir ke mahkamah dengan mengenakan t-shirt merah serta seluar jeans, didakwa melakukan perbuatan sama yang mungkin menyebabkan kecederaan di bahagian depan.  

Tertuduh dikatakan melakukan perbuatan itu buat kali pertama pada Julai lalu dan mengulanginya sekitar jam 11.30 pagi, 1 Ogos lalu. 

Sementara itu, ‘teman lelakinya’ didakwa melakukan perbuatan serupa yang mungkin menyebabkan kanak-kanak berkenaan mengalami kecederaan di muka serta kepala.  

Perbuatan itu dikatakan dilakukan sekitar jam 11 pagi, 31 Julai lalu 

Pertuduhan ke atas ibu mangsa dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Negeri, Nabilah Md. Ruslan di depan Hakim, Azman Abu Hassan manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ruzanna Abdul Rahim. 

Pendakwaan bagi ‘pengkid’ itu pula dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Negeri, Wan Muhammad Fitri Wan Azizan di depan Hakim, Roslan Hamid dengan tertuduh tidak diwakili peguam.   

Kesemua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.  

Ibu mangsa dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM5,000 untuk kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin manakala rakannya dibenarkan diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.  

Mereka turut tidak dibenarkan untuk mendekati mangsa yang kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).  

Kedua-duanya yang bekerja sebagai pencuci pinggan di restoran difahamkan tidak membayar jaminan ditetapkan itu. 

Getaran diberitahu, mangsa mula serumah dengan kedua-dua tertuduh sejak setahun lalu, dan selama ini menganggap ‘pengkid’ berkenaan sebagai bapa tirinya. 

Mahkamah menetapkan 6 September depan untuk sebutan semula kes ibu mangsa, manakala sebutan semula kes ‘pengkid’ ditetapkan pada 11 September. - Getaran, 8 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

2

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

3

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

4

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi