web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


16 Individu Langgar SOP Dikompaun, Terbabit Jual Beli Air Ketum

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2021 8:17AM

Salah satu lokasi penjualan dan pengedaran air ketum yang diserbu polis di Kampung Sungai Layar Hujung, Sungai Petani, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Seramai 16 individu dikompaun sebanyak RM4,000 setiap seorang kerana berhimpun tanpa penjarakan sosial serta tidak memakai pelitup muka di Kampung Sungai Layar Hujung, dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner (ACP) Adzli Abu Shah berkata, kesemua mereka yang berusia antara 20 hingga 51 tahun gagal memberi alasan munasabah untuk berhimpun dan disyaki sedang berurusan berkaitan jual beli air ketum.

Katanya, kesemua mereka ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk dikompaun dan diambil tindakan lanjut.

“Tangkapan dibuat kira-kira pukul 5.15 petang kelmarin di depan sebuah pondok tidak bernombor di Kampung Sungai Layar Hujung, dekat sini.

“Lapan daripada individu yang dikompaun tidak bekerja manakala lapan yang lain melakukan pekerjaan-pekerjaan berbeza, antaranya anggota Ikatan Relawan Rakyat (RELA), pekerja hotel, peniaga pasar malam, pengawal keselamatan dan juruteknik,” katanya.

Adzli menarik perhatian, kesemua mereka dikompaun mengikut Perkara 9 Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (LLDKTJ) 2021 (Aktiviti terlarang bilangan 11).

Tambahnya, 16 individu berkenaan turut disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda mengikut Akta Racun 1952.

Terdahulu katanya, polis turut menyerbu tiga buah rumah yang terletak berdekatan antara satu sama lain di kampung tersebut, kerana disyaki menjadi lokasi penjualan dan pengedaran air ketum.

Serbuan pertama jelas beliau, dilakukan di sebuah rumah kira-kira pukul 4 petang  dengan polis turut menahan empat lelaki berusia antara 25 hingga 36 tahun, yang mengaku bekerja sebagai tukang masak serta pembungkus air ketum.

“Di situ kami merampas satu tong ais yang mengandungi 351 bungkus plastik lutsinar dipercayai air ketum, enam bungkus plastik hitam mengandungi daun ketum seberat kira-kira 30 kilogram, dua dapur gas, satu periuk besar dan satu tong gas.

“Di lokasi kedua pula, kami menahan tiga individu berusia 20, 36 dan 41 tahun. Di situ kami merampas tong ais berisi 250 plastik lutsinar disyaki air ketum, 10 bungkus plastik hitam mengandungi daun ketum seberat kira-kira 50 kilogram, empat tong gas, dua periuk dan dua dapur memasak,” katanya.

Menurut Adzli, lelaki berusia 20 tahun itu mengaku memiliki semua barangan tersebut manakala dua lagi individu yang ditahan merupakan pekerjanya.

Mengulas mengenai serbuan dilakukan di lokasi ketiga, beliau berkata, pihaknya menahan seorang wanita berusia 44 tahun dan merampas sebuah tong ais berisi 168 bungkus plastik lutsinar berisi air ketum, dua periuk besar, 1 dapur gas, 1 tong gas, serta tiga bungkus plastik hitam mengandungi daun ketum seberat kira-kira 15 kilogram.

“Wanita tersebut mengaku bahawa suaminya menjalankan urusan penjualan air ketum,” katanya.

Tambahnya, semua mereka yang ditahan dibawa ke IPD Kuala Muda untuk siasatan lanjut bersama barangan yang dirampas.

“Siasatan terhadap mereka yang ditahan di ketiga-tiga rumah tersebut dijalankan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1956,” katanya. - Getaran, 23 Mei, 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki