web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Mudah Percaya Sekolah Agama Diarah Tutup, Itu Semua Palsu – PITAS 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2023 9:20AM

Dakwaan bahawa 200 sekolah agama dan maahad tahfiz diarah tutup disahkan sebagai palsu - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Orang ramai diingatkan agar tidak mudah terpedaya dan sewenang-wenang mempercayai sebarang dakwaan mengenai penutupan dan pengosongan 200 sekolah agama di Selangor, seperti yang tular di media sosial kebelakangan ini. 

Pengerusi Persatuan Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS), Ustaz Muhamad Hafiz Muhamad Haneefa berkata, PITAS sejak beberapa tahun lalu dengan kerjasama 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) berjaya mendaftarkan hampir 50 maahad tahfiz. 

Muhamad Hafiz Muhamad Haneefa - gambar Facebook
Muhamad Hafiz Muhamad Haneefa - gambar Facebook

Menurut beliau, semua pendaftaran itu dibuat di bawah fasa satu Garis Panduan Pemutihan Sekolah Agama. 

“Alhamdulillah, hampir 50 maahad tahfiz tersebut telah dapat didaftarkan dengan pendaftaran penuh dan kini kita ada lebih 100 maahad (yang sudah berdaftar). 

“Masih berbaki lagi 300 maahad termasuk sekolah agama, ada dalam 200 (yang perlu didaftarkan),” katanya menerusi video yang dimuatnaik di TikTok. 

Hantaran berkenaan adalah bagi menjelaskan kekeliruan dan polemik yang timbul, susulan dakwaan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baru-baru ini, kononnya kerajaan negeri Selangor menerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengarahkan penutupan 200 sekolah agama serta memerintahkan premis masing-masing dikosongkan. 

@asriibrahimmlk Penjelasan Isu penutupan sekolah agama di selangor..Tolak Fitnah! Mohon follow untuk perkembangan terkini isu Sekolah Agama. #RoadToTikTokAwardsMY #fyp #malaysiatiktok #dsai #prnselangor2023 #selangor ♬ bunyi asal - Asri Ibrahim

Sekretariat NGO Islam Selangor baru-baru ini dipetik sebagai berkata, tindakan terbabit dilakukan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). 

Pengerusinya, Datuk Nazilah Idris mendakwa, perkara seumpama itu berlaku kerana Kerajaan Perpaduan membenarkan Kementerian 
Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) diterajui seorang menteri dari DAP. 

Video memaparkan kenyataan dibuat Nazilah itu turut tular di media sosial dan mendapat reaksi negatif netizen, yang mengecam kerajaan negeri Selangor kerana bertindak secara ‘zalim’. 

Menjelaskan lebih lanjut, Muhamad Hafiz berkata, usaha mendaftarkan semua sekolah agama dan maahad tahfiz itu turut memperoleh kerjasama Gabungan Sekolah Islam Selangor (GASIS). 

“Justeru, kita berharap kepada semua untuk tidak menyebarkan perkara yang boleh mengelirukan masyarakat dan bertanya direct kepada saya di pu_hafiz/ 

“Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), MAIS, doakan program pemutihan berjalan lancar. 

“Alhamdulillah fasa seterusnya telah diluluskan oleh MAIS sehingga 2024 dan 2025 seterusnya, sehingga program pemutihan selesai. Bersabar dan bertenang,” katanya. - Getaran, 18 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Poster Bantuan Khas Kewangan RM700 Palsu - JPA

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Denda Untuk Pemandu Kenderaan Awam Bawa Pekerja Asing Dakwaan Palsu - Ruslin

3

Semasa 9 bulan yang lalu

SPRM Kesan Mangsa Sindiket Darjah Kebesaran Palsu

4

Semasa 10 bulan yang lalu

9 Sekolah Antarabangsa Terima Ancaman Bom, Polis Sahkan Ancaman Palsu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'