web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sistem Saraan Baharu Bantu Penjawat Awam Tangani Kenaikan Kos Sara Hidup

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2023 6:28PM

Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Penjawat awam di negara ini amat memerlukan satu sistem saraan baharu bagi membantu mereka berdepan peningkatan kos sara hidup, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat.

Beliau menyifatkan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang dilaksanakan sejak 2002 bagaikan kerangka 'rumah lama' yang sudah tidak sesuai.

Katanya, antara faktor yang perlu diteliti bagi sistem baharu itu termasuk kos sara hidup masa kini, struktur jabatan serta skop kerja yang sudah berubah dan tahap kelayakan bagi memasuki skim perkhidmatan.

Bagaimanapun, Adnan berkata CUEPACS memahami kerajaan memerlukan masa untuk memuktamadkan sistem saraan baharu yang bersesuaian, justeru pihaknya memohon kerajaan supaya melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem sedia ada, seperti kenaikan elaun atau imbuhan tetap lain.

"Kita berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana prihatin dengan permohonan kami antaranya dengan kenaikan gaji penjawat awam menjelang pembentangan Belanjawan negara pada Oktober akan datang. Kami zahirkan rasa terima kasih ini dengan produktiviti, kualiti dan integriti dalam kerja.

"Namun, kita mahukan sistem saraan baharu menggantikan SSM, tetapi jika kerajaan tidak mampu pada masa ini kita mohon kerajaan berikan kenaikan seperti imbuhan tetap lebih awal...” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Penjawat Awam Sempena Program Merdeka MADANI CUEPACS di sini hari ini

Pada 11 Ogos lalu, Anwar dilaporkan berkata kerajaan berusaha untuk menaikkan sedikit gaji penjawat awam menerusi Belanjawan MADANI kedua yang akan dibentangkan di Parlimen pada Oktober ini.

Perdana Menteri berkata ia sebagai langkah sementara, sehingga kajian menyeluruh berhubung skim gaji dan persaraan penjawat awam selesai dilakukan, dijangka tahun depan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Teman Lelaki Direman 7 Hari

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Diperdaya ‘Phone Scam’, Penjawat Awam Rugi Lebih RM150,000

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Kenaikan Gaji, Elaun Tetap Penjawat Awam Lebih 13 Peratus Mulai 1 Disember Ini - PM

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini