web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Merusuh Kerana Bola Sepak, 7 Lelaki Dicekup

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2023 7:02PM

Tangkap layar video rusuhan yang tular di media sosial - gambar TikTok

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tujuh lelaki tempatan ditahan di George Town semalam, selepas disyaki terlibat dalam rusuhan berkaitan perlawanan bola sepak.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kesemua suspek ditangkap sekitar jam 11.20 malam semalam.

Menurut beliau, rusuhan berkenaan berlaku di sebuah stesen minyak dan video kejadian turut tular di media sosial.

“Kejadian berpunca daripada provikasi antara kedua-dua penyokong di luar stadium selepas menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Super (MSL) antara Pulau Pinang dan Kedah.

“Selepas menerima maklumat, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Timur Laut ditugaskan ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan,” katanya.

@extrajosstarik_ Hampa gaduh punya pasai hampa??? #fyp #bandarayaproblem #kedahvspenang #gbk #icf #ligamalaysia #utaraproblem ♬ original sound - ExtraJossTarik

Soffian berkata, polis selain menahan semua suspek turut dua biji batu, kon jalan dan sebatang kayu, dipercayai digunakan semasa kejadian.

Kejadian tersebut jelasnya, turut menyebabkan cermin pintu sebuah bas yang membawa penyokong pasukan Kedah pecah.

“Dua daripada yang ditangkap juga mengalami kecederaan di kepala, dipercayai akibat lemparan batu,” katanya.

Soffian memberitahu, kesemua suspek yang berusia antara 18 hingga 38 tahun berasal dari Pulau Pinang, Kedah dan Sarawak.

Semua suspek itu juga jelasnya, disahkan negatif daripada pengambilan sebarang jenis dadah.

“Mereka disahkan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 147  Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan khianat.

“Kesemua suspek terbabit direman sehingga esok,” katanya. - Getaran, 23 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

2

Sukan 3 minggu yang lalu

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukma 2024: 'Ibu Segala Pingat' Milik Wilayah Persekutuan

4

Sukan 1 bulan yang lalu

TECNO Kini Penyokong Global Rasmi Untuk Kejohanan Kelab AFC 2024-2025

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 8 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad