web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


8 Daerah Di Malaysia Dicatat Sebagai Daerah Menua, Petaling Rekod Kepadatan Tertinggi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2023 9:24PM

Daerah Petaling direkodkan sebagai mempunyai kepadatan penduduk teringgi - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lapan daerah di Malaysia muncul sebagai daerah menua dengan bilangan penduduk berusia 65 tahun dan ke atas melebihi 7.0 peratus tahun ini.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, Kelantan dan Pulau Pinang masing-masing merekodkan dua daerah, manakala satu daerah dicatatkan di Johor, Sabah, Sarawak dan Selangor.

Menurut beliau, kesemua daerah berkenaan ialah Johor Bahru (Johor), Kota Bharu, Kuala Krai (Kelantan), Seberang Perai Utara, Barat Daya (Pulau Pinang), Kota Kinabalu (Sabah), Miri (Sarawai) dan Hulu Selangor (Selangor).

“Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mendapati Lubok Antu di Sarawak mempunyai bilangan penduduk tua tertinggi (65 tahun dan lebih) dengan 14.4 peratus, dikuti Sri Aman (12.8 peratus) dan Song (11.9 peratus).

“Lubok Antu kekal mempunyai penduduk tua tertinggi (60 tahun dan lebih) dengan 20.6 peratus, dikuti Kampar, Perak (18.1 peratus) dan Song (18.0 peratus),” katanya.

“Lubok Antu kekal mempunyai penduduk tua tertinggi (60 tahun dan lebih) dengan 20.6 peratus - gambar hiasan
“Lubok Antu kekal mempunyai penduduk tua tertinggi (60 tahun dan lebih) dengan 20.6 peratus - gambar hiasan

Mohd Uzir berkata, Lubok Antu juga mencatatkan umur penengah tertinggi  iaitu 38.4 tahun pada 2023, diikuti dua lokasi lain di negeri sama, Saratok (37.6 tahun) dan Kabong (35.9 tahun).

“Umur penengah terendah pula dicatatkan di tiga daerah di Kelantan iaitu Machang (23.6 tahun), dikuti oleh Pasir Puteh (23.5 tahun) dan Kecil Lojing (21.6 tahun).

“Satu lagi daerah di Kelantan, Tumpat, mencatatkan nisbah tanggungan jumlah tertinggi iaitu 66.5, manakala Gua Musang mencatatkan nisbah tanggungan umur muda tertinggi iaitu 57.3.

“Pada masa sama, nisbah tanggungan umur tua tertinggi dicatatkan di Lubok Antu (21.2),” katanya.

Dr Mohd Uzir Mahidin - gambar Facebook
Dr Mohd Uzir Mahidin - gambar Facebook

Menerusi kenyataan sama beliau memberitahu, Petaling di Selangor muncul sebagai kawasan dengan kepadatan penduduk tertinggi iaitu
4,783 individu bagi setiap kilometer persegi, diikuti oleh Timur Laut, Pulau Pinang (4,710) dan Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang (1,845).

Daerah Petaling juga jelasnya, mencatatkan bilangan penduduk tertinggi tahun ini dengan 2.3 juta, diikuti Johor Bahru (1.8 juta) dan Hulu Langat, Selangor (1.5 juta).

“Tiga lokasi di Sabah bermula dengan Kalabakan mencatatkan kadar pertumbuhan tertinggi pada 13.4 peratus, dikuti Semporna (11.7 peratus) dan Kunak (11.5 peratus).

“Bukit Mabong, Sarawak merekodkan jumlah penduduk terendah dengan 10.4 ribu, dikuti oleh Song (10.0 ribu) dan Tanjung Manis (7.9 ribu),” katanya.

Mohd Uzir menarik perhatian, Song sekali lagi memasuki carta sebagai daerah kedua dengan bilangan penduduk warganegara tertinggi tahun ini iaitu 99.7 peratus.

“Tempat pertama juga di Sarawak iaitu Julau (99.9 peratus), diikuti oleh Pakan (99.7 peratus),” katanya. - Getaran, 29 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Kekosongan Jawatan Diiklankan Dalam Talian Meningkat 32.5 Peratus - DOSM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Jumlah Penduduk Malaysia Meningkat 2.3 Peratus, 34 Juta Untuk Suku Pertama 2024

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Perbelanjaan Pelancongan Domestik Rekod RM23.8 Bilion

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Pelancongan Domestik, Perbelanjaan Rekod RM23.8 Bilion - DOSM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah