web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rakyat Sabah Beri Sambutan Luar Biasa, Raja Permaisuri Agong Zahir Air Mata Terharu

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2023 8:54PM

Kembara Kenali Borneo bermula 3 September dan berakhir 13 September - gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan rasa terharu melihat sambutan diberikan rakyat, ketika keberangkatan baginda dan Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustaffa Billah Shah ke Tawau, Sabah untuk program Kembara Kenali Borneo. 

Program yang bermula semalam hingga 13 September itu menyaksikan baginda berdua berkenan berangkat menjelajah setiap pelusuk Sabah dan Sarawak. 

Menerusi satu video yang dimuat naik di akaun rasmi Istana Negara di Instagram, Raja Permaisuri Agong ketika berada dalam kenderaan dipandu Yang di-Pertuan Agong mengalirkan air mata melihat sambutan luar biasa diberikan. 

Tunku Azizah menerusi video itu turut dilihat berkenan bersalaman dengan rakyat yang sanggup berdiri dan mengejar kenderaan dinaiki, semata-mata kerana tidak mahu melepaskan peluang melihat baginda berdua dari dekat. 

Sesekali dilihat mengelap matanya yang basah dengan tisu, wajah baginda juga jelas menzahirkan rasa terharu. 

Baginda berdua juga selepas itu dilihat berkenan menghadiri jamuan makan malam yang disediakan dalam suasana santai, malah kedua Seri Paduka juga berkenan menyanyikan beberapa lagu.

@gingerphoong

Had a great night with YDP Agong ?

♬ original sound - Phoong Jin Zhe

Kembara Borneo yang bermula semalam hingga 13 September nanti akan berakhir di Telok Melano, Sarawak merentasi Lebuhraya Pan Borneo, iaitu jajaran laluan menghubungkan Sabah, Sarawak dan Brunei. 

Kembara melibatkan konvoi 25 kenderaan itu menyaksikan Al Sultan Abdullah berkenan memandu sendiri sebuah pacuan empat roda. 

Turut berangkat mengikuti program sejauh 2,154 kilometer itu ialah paduka anakanda, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Illisha Ameera dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana. - Getaran, 4 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Agong Masih Terkenang-Kenang Kembara Kenali Borneo

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kembara Kenali Borneo Suburkan Semangat Perpaduan - Abang Johari

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rakyat Sabah, Sarawak Hebat - Agong

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Meneruskan Jelajah Sarawak Ke Bintulu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global