web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penggunaan Katil ICU Hospital Melaka Cecah Tahap Kritikal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2021 6:49PM

Rahmad Mariman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka kini berada ditahap kritikal apabila 51 daripada 72 kemudahan berkenaan diperuntukkan buat pesakit COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, keadaan itu memaksa pertambahan katil dibuat, manakala status wad biasa ditukar kepada ICU.

Menurut beliau, pertambahan itu menjadikan ICU di hospital tersebut kini memiliki 114 katil, dengan jumlah keseluruhan pesakit 145 orang.

"Daripada 114 katil, 70 disediakan untuk merawat pesakit COVID-19 dengan sehingga kini, terdapat 51 pesakit dalam kategori 4 dan 5 ditempatkan di wad isolasi unit berkenaan.

"Jadinya boleh dikatakan ia (penggunaan katil) berada di tahap kritikal. Untuk COVID-19 sahaja kita sudah menggunakan 72.9 peratus katil di ICU dan sembilan pesakit pula perlu menggunakan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Rahmad menarik perhatian, ‘kesesakan’ itu memaksa pengurusan hospital menyediakan katil khas ICU di wad biasa, bagi menampung bilangan pesakit yang semakin meningkat.

“Ia bukan perkara mudah kerana katil ICU perlu dilengkapi dengan pelbagai peralatan khas untuk kegunaan pesakit,” katanya.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka mengeluarkan empat notis penutupan kilang selepas sejumlah besar pekerja mereka didapati positif COVID-19.

Kesemua premis itu terdiri daripada kilang ayam, sarung tangan, makanan dan elektronik.

"Penutupan itu membabitkan dua di daerah Melaka Tengah iaitu kilang makanan di mukim Bukit Katil yang ditutup bermula 23 hingga 29 Mei dan satu blok kilang elektronik di Batu Berendam sehingga 27 Mei.

"Kilang pemprosesan ayam di Alor Gajah pula ditutup bermula 21 Mei sehingga 31 Jun dan kesemua 600 pekerja masih menunggu keputusan ujian calitan (swab test) yang dilakukan,” katanya.

Turut ditutup di Alor Gajah jelasnya, ialah kilang pembuatan sarung tangan bermula 20 Mei hingga 2 Jun depan, selepas beberapa pekerja disahkab positif COVID-19.

"Sehingga kini boleh dikatakan hampir kesemua kontak sudah disaring, dengan sebahagian didapati positif manakala selebihnya masih menunggu keputusan ujian,” katanya. – Getaran, 24 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Bayi 8 Bulan Maut: Taska Ditutup Serta Merta

3

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Beradik Maut, Ibu Kritikal Bilik Sewa Terbakar

4

Semasa 6 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia