web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Banjir Beaufort Ragut Nyawa Pertama

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 May 2021 7:50PM

Anggota bomba cuba memberi pertolongan cemas kepada mangsa.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BEAUFORT - Hasrat seorang lelaki membantu mengemas barang jualan abangnya berakhir dengan tragedi, apabila dia mati lepas selepas tergelincir di Kampung Mantao, di sini semalam.

Dalam insiden jam 10 pagi itu, Fairol Jisirun, 21 dipercayai tergelincir ketika menolak perahu, selepas selesai membantu mengemas kedai abangnya yang dinaiki air.

Mangsa dikatakan tenggelam dan gagal ditemui, manakala abangnya yang berada di lokasi kejadian pula tidak tahu berenang.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

“Abang mangsa yang berada di lokasi cuba untuk membantu, namun, tidak berjaya kerana dia tidak tahu berenang.

“Sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kemudian melancarkan operasi mencari dan menyelamat sebelum menjumpai mayat mangsa tidak jauh dari lokasi terakhir dia berada, jam 1 petang semalam,” katanya.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Beaufort untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Menurut Yusoff mangsa adalah korban pertama bencana banjir di Sabah, tahun ini.

Sementara itu, sehingga jam 3 petang tadi, sebanyak 6,156 mangsa ditempatkan di 41 pusat pemindahan sementara (PPS) sekitar Beaufort dan Tenom, selepas 122 kediaman mereka ditenggelami banjir, berbanding 4,999 awal pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia APM Sabah Kolonel Sharudin Md Zain berkata, ia membabitkan 1,633 keluarga.

“Tenom masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 5,553 yang ditempatkan di 37 PPS.

“Seramai 603 mangsa lagi ditempatkan di empat PPS sekitar Beaufort,” katanya. - Getaran, 24 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia