web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kejayaan Azhar Perdaya Banyak Pihak 'Luar Biasa', Bagaimana Kita Boleh Tertipu?

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2023 8:55PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - ‘Kejayaan’ Muhammad Azhar Ali memperdaya panel penilai hingga melayakkan dia terpilih mengikuti program Felo Perdana menjadi bualan hangat netizen ketika ini. 

Meskipun sudah beberapa hari pendedahan tersebut dibuat, ia masih meniti di bibir orang ramai, yang majoriti meluahkan rasa kagum atas ‘kecerdikannya’ ‘mengarang’ cerita sehingga mampu meyakinkan pelbagai pihak. 

Keberanian anak muda itu menyenaraikan beberapa pencapaian berprestij menimbulkan persoalan, bagaimana dia begitu yakin ia akan berjaya, tanpa rasa ragu penipuan itu bakal terbongkar satu hari nanti. 

Seperti bidalan lama, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga, itulah yang berlaku ke atas Muhammad Azhar. 

Netizen yang curiga pantas membongkar, lebih-lebih lagi selepas mendapati dia adalah individu sama yang terbabit memperdaya seluruh negara, dengan mendakwa dirinya dipilih sebagai penerima biasiswa Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), beberapa tahun lalu. 

Di X, majoriti meluahkan rasa tidak percaya melihat bagaimana Muhammad Azhar sekali lagi berjaya memperdaya orang ramai termasuk pemimpin tertinggi negara. 

Mikansei Shiruetto di akaun @amirpiye mengaku kagum dengan keupayaan Azhar melepasi sistem tapisan Felo Perdana berkenaan. 

“Respek jugak gua dengan mamat NASA ni, macam gitu je dia perkotak-katikkan sistem tapisan Felo Perdana ni,” ciapnya. 

Meluahkan pendapat senada ialah Ikhwan yang menggunakan handle @JatIkhwan. 

“Tak pernah dalam sejarah Malaysia orang tertinggi dalam kerajaan kena tipu dua kali oleh orang yang sama. Haritu pasal program angkasawan NASA sampai PM pun percaya, ni pasal isu sijil untuk masuk Perdana Felo sampai kementerian pun kena.  

“Allahu dik maybe he needs help?” katanya. 

Mawla Muiz Al Liverpuli di handle @muizania tidak ketinggalan mengakui ‘kehebatan’ pemuda terbabit. 

“Power betul budak yang scam orang yang jadi Felo Perdana ni, lain macam wei level dia haha,” katanya. 

Sementara itu, Jabatan Komunikasi Strategik Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahkan bahawa institusi berkenaan tidak pernah mewujudkan anugerah ‘Delegasi Terbaik’ pada Sidang Kemuncak Polisi Fiskal BNM 2021. 

Ini bermakna Azhar telah memalsukan kesemua tiga pencapaian yang disenaraikan untuk menyertai Felo Perdana itu. 

Sebelum ini, media tempatan berjaya membongkar kebenaran di sebalik dua lagi pencapaian disenaraikan iaitu WorldQuant Brain 2022 Global Alphathon dan Microsoft Imagine Cup 2021. 

Pemenang bagi WorldQuant Brain tahun lalu terdiri daripada wakil Vietnam, China dan Korea Selatan. 

Pemenang utama Microsoft Imagine Cup 2021 pula ialah wakil Kenya, manakala barisan finalis terdiri daripada peserta Amerika Syarikat (AS), Thailand dan New Zealand. 

Malaysia sama sekali tidak tersenarai, walaupun dalam kalangan lima pasukan Asia yang berjaya menempatkan diri dalam kalangan 12 finalis teratas. - Getaran, 15 September 2023 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan