web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Langgar SOP, 'Bendera Palestin' Gagal Halang 13 Individu Dikompaun RM4,000

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2021 8:09PM

13 individu dikompaun RM4,000 seorang selepas didapati berkumpul dan bersembang di dalam satu rumah di Kampung Jeniang, Kedah, malam tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GURUN - Alasan mahu memasang bendera Palestin gagal menyelamatkan 13 individu daripada dikompaun sebanyak RM4,000 setiap seorang, setelah mereka ditemukan sedang bersembang dan makan di sebuah rumah di Kampung Jeniang, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner (ACP) Adzli Abu Shah berkata, pemeriksaan dilakukan pihaknya bagaimanapun tidak menemukan sebarang bendera Palestin seperti yang didakwa.

"Pemeriksaan dijalankan kira-kira pukul 10.30 malam tadi mendapati kesemua mereka yang berusia antara 27 hingga 45 tahun, gagal memberi alasan munasabah dan didapati duduk berkumpul tanpa sebarang penjarakan sosial.

"Mereka juga didapati makan dan bersembang dalam rumah tersebut, justeru kesemuanya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kuala Muda untuk tindakan kompaun," katanya.

Menurut Adzli, mereka dikompaun mengikut Perkara 9 Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (LLDKTJ) 2021 (Aktiviti terlarang Nombor 1).

"Kesemua mereka telah diberi penerangan dan perlu menjelaskan kompaun dikenakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh kompaun dikeluarkan di Pusat Kesihatan Daerah," katanya.

Difahamkan, rumah tersebut dimiliki seorang daripada mereka, dan kesemua individu berkenaan terdiri daripada sahabat yang saling mengenali.

Individu yang dikompaun antaranya bekerja sebagai pemandu lori, pekerja kilang, petugas di stesen minyak dan pengawal keselamatan, manakala bakinya ialah penganggur dan suri rumah. – Getaran, 24 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka