web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sindiket Edar Dadah, Suami Isteri Antara 17 Ditahan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2023 9:12PM

Kamarul Zaman Mamat - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pasangan suami isteri antara 17 individu ditahan kerana dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah dalam lima serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini pada Jumaat dan semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata kesemua 12 lelaki dan tiga wanita tempatan serta dua wanita asing, berusia 17 hingga 55 tahun itu, ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor antara jam 3 petang, Jumaat lalu hingga 9 pagi semalam.

Beliau berkata sindiket tersebut yang dipercayai aktif sejak Julai lalu menggunakan rumah sewa sebagai stor penyimpanan, sekali gus membawa kepada rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM1.64 juta.

“Sindiket ini menggunakan beberapa rumah yang disewa di kawasan berpagar dan berpengawal sebagai stor simpanan dadah sebelum diedarkan ke pasaran tempatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

Beliau berkata sebanyak 21.66 kilogram serbuk ekstasi, 377 biji pil erimin 5, 45 botol cecair ekstasi, 24 peket ketamin dan 10 biji pil ekstasi dirampas dalam serbuan itu.

Menurutnya,polis turut menyita tujuh buah kereta, barang kemas bernilai RM69,200, wang tunai RM26,450 dan SGD12,250 (RM44,568.52).

Sementara itu, beliau berkata daripada 17 individu yang ditahan, 10 daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine, benzodiazepines dan ketamin dan sembilan individu mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Beliau berkata kesemuanya direman selama lima hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

3

Semasa 3 bulan yang lalu

APMM Rampas Dadah Terapung Di Laut

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Nelayan, Pembantu Kedai Makan Didakwa Edar Lebih 21Kg Dadah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang