web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Saya Sudah Beri Keterangan Isu REE, Depa Cuma Tanya 4 Soalan' - Sanusi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2023 1:14PM

Muhammad Sanusi Md Nor - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengesahkan yang beliau telah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kecurian unsur nadir bumi (REE), baru-baru ini. 

Menurut Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu, beliau cuma ditanya empat soalan oleh pegawai penyiasat dan tidak ada sebarang dokumen diserahkan kepada pihak berkuasa berkenaan.

Sanusi bagaimanapun tidak mendedahkan perincian keterangan diberi, termasuk lokasi ia dibuat.

"Dah selesai (beri keterangan) kira-kira dua minggu lepas. Saya buat kerja senyap-senyap, hangpa buat kerja nak bagi riuh. Kalau tiap-tiap proses agensi, jabatan semua nak kena habaq dalam surat khabar, jahanamlah kerajaan ini. 

"Tak ada serah dokumen apa pun, cuma bagi keterangan biasa saja. Empat soalan saja 'depa' tanya.

"Saya bukan orang jahat nak tanya banyak-banyak. Saya ini dikenali sebagai orang baik, tanya sikit pun 'padan' (cukup) dah," katanya dalam nada berseloroh ketika ditemui selepas berakhir perjalanan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini. 

Sebelum ini Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan bahawa siasatan berhubung isu REE hampir selesai dengan Muhammad Sanusi akan turut dipanggil bagi memberi keterangan. 

Difahamkan keterangan Muhammad Sanusi diambil SPRM di pejabatnya, 17 September lalu. 

Sanusi didakwa terbabit dalam kecurian REE di Kedah, khususnya di Hutan Simpan Bukit Enggang
Sanusi didakwa terbabit dalam kecurian REE di Kedah, khususnya di Hutan Simpan Bukit Enggang

Sementara itu Muhammad Sanusi turut menasihatkan rakyat negeri ini supaya tidak bertindak secara 'sendiri-sendiri' untuk mengorek REE di mana-mana lokasi. 

Menurutnya, langkah untuk mengekstrak REE bukanlah satu kerja mudah kerana memerlukan proses kimia yang panjang. 

"REE satu mineral yang sofistikated, bukannya macam bijih timah serta emas yang apabila diayak atau didulang, akan nampak hasilnya. REE perlu melalui proses hingga tujuh atau lapan peringkat dan tidak mudah untuk pihak-pihak yang tiada teknologi untuk menghasilkannya. 

"Ada dua negara saja ada kemahiran tersebut iaitu China dan Amerika Syarikat. Kemahiran itu pula tidak dipindahkan dan itulah yang sedang kita rundingkan supaya teknologi tersebut dibawa ke sini, dengan kilangnya dibuka di sini," katanya. 

Semalam Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh mendedahkan, terdapat sembilan individu termasuk lima warga asing ditahan polis pada 14 September lalu di Kompartment 35 Hutan Simpan Rimba Teloi di Sik. 

Fisol Salleh - gambar BERNAMA
Fisol Salleh - gambar BERNAMA

Kesemua mereka yang disahkan tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana syarikat atau agensi, dipercayai berbuat demikian dengan tujuan mencari lokasi untuk meneroka REE di kawasan tersebut.

Difahamkan kesemua yang ditahan itu hanya bekerjasama sesama sendiri dengan pihak polis turut merampas sample tanah dikorek, serta beberapa barangan yang dipercayai digunakan mereka untuk tujuan itu. 

Sembilan individu berkenaan telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Baling semalam untuk berdepan pertuduhan menceroboh hutan simpan tersebut serta beberapa pendakwaan lain mengikut Akta Imigresen namun masing-masing tidak mengaku bersalah. - Getaran, 25 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

2

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

3

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki